Siasatan RCI TH perlu bebas, jangan ada campur tangan politik – Pendeposit

JEMPOL – Peneroka FELDA menggesa agar pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) tidak sekadar menjadi polemik politik, sebaliknya disusuli tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati, rata-rata mereka berpendapat, isu yang membabitkan institusi yang menjadi tempat umat Islam menyimpan wang untuk mengerjakan haji itu perlu ditangani secara telus dengan memberi ruang kepada agensi penguat kuasa menjalankan siasatan tanpa sebarang campur tangan.

Peneroka FELDA Palong 3, Zakaria Harun, 69, berkata, sebagai pendeposit Tabung Haji, beliau mahu siasatan dilakukan secara profesional dan bebas kerana keyakinan orang ramai terhadap institusi itu perlu terus dipelihara.

“Saya serahkan kepada pihak berwajib. Mereka lebih tahu untuk siasat dan ambil tindakan kalau ada kesalahan. Saya sangat setuju dengan pendedahan yang dilaksana kerajaan.

“Dengan ini, kita mengetahui apa kelompangan yang terjadi kepada TH Bagaimanapun, kita tak perlu campur tangan atau buat andaian. Biar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan agensi berkaitan buat kerja mereka,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Zakaria berpandangan, siasatan berhubung pendedahan RCI itu juga tidak sepatutnya dipengaruhi mana-mana pihak atau kepentingan politik.

“Jangan campur tangan politik. Kalau ada salah laku atau rasuah, biar pihak berkuasa tentukan dan ambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya.

Sementara itu, generasi kedua FELDA, Mohd Firdaus Hussain, 45, berpendapat pendedahan laporan RCI pada ketika ini penting supaya masyarakat, khususnya penduduk luar bandar, mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Katanya, rakyat berhak memperoleh penjelasan berdasarkan fakta supaya mereka dapat menilai isu berkenaan dengan lebih jelas.

“Saya sememangnya sangat setuju laporan RCI TH akhirnya didedahkan kepada orang ramai. Bukan apa, kita nak tahu apa sebenarnya kelamahan yang berlaku sehingga TH mengalami kerugian sebelum ini.

“Sekurang-kurangnya masyarakat kampung tahu apa yang sebenarnya berlaku sebab kami semua ini adalah pendeposit TH, jadi kami perlu tahu apa yang telah berlaku,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya siasatan mendapati terdapat individu yang menyalahgunakan kedudukan atau terlibat dengan sebarang salah laku, tindakan sewajarnya perlu diambil tanpa mengira pangkat atau jawatan.

“Kalau ada yang terlibat, ambil tindakan. Kalau masih memegang jawatan, lucutkan jawatan itu mengikut undang-undang,” katanya.

Related Posts

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya bukan seorang bapa yang ideal sepanjang perjalanan politiknya, sebaliknya menghargai pengorbanan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana banyak memainkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap