SPRM mula siasatan, lapan pegawai ke ibu pejabat TH

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi itu yang didedahkan kepada umum, 29 Julai lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, lapan pegawai penyiasat digerakkan ke ibu pejabat TH pagi ini bagi mengenal pasti dokumen berkaitan perkara yang didedahkan dalam laporan RCI TH dan diperlukan suruhanjaya itu untuk proses siasatan.

“Siasatan ini adalah saranan Perdana Menteri yang mahu agensi penguatkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

“Pada peringkat ini, kami juga sedang mengenal pasti individu yang akan dipanggil untuk dirakam percakapan. Kami akan menyaring dan mengklasifikasikan senarai mereka sebelum dipanggil mengikut aturan siasatan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Semalam, SPRM mengumumkan penubuhan pasukan khas bagi menyemak dan meneliti hasil laporan RCI TH.

SPRM dalam kenyataan berkata, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar dilantik mengetuai pasukan khas berkenaan bagi meneliti sebarang isu perundangan membabitkan unsur rasuah, penyelewengan, pemalsuan dokumen, salah guna kuasa atau pengubahan wang haram.

Menurut SPRM, setakat ini, pihaknya akan mengguna pakai dua undang-undang iaitu Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan AMLATFPUAA 2001(Akta 613) dalam tindakan berkenaan.

SPRM juga tidak menolak kemungkinan mana-mana kesalahan yang berkaitan juga diambil tindakan sekiranya ia dikesan.

Related Posts

Tidak rasmi: BN-PN tawan Negeri Sembilan, Anthony dan Tok Min tewas

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) secara tidak rasmi berjaya menubuhkan Kerajaan Negeri Sembilan bersama Perikatan Nasional (PN) apabila berjaya memperoleh dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sembilan (PRN) Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemenangan BN-PN bukan alasan untuk mendabik dada

Kemenangan BN-PN bukan alasan untuk mendabik dada

Polis tahan lelaki disyaki hina institusi diraja Perlis

Polis tahan lelaki disyaki hina institusi diraja Perlis

Tidak rasmi: BN-PN tawan Negeri Sembilan, Anthony dan Tok Min tewas

Tidak rasmi: BN-PN tawan Negeri Sembilan, Anthony dan Tok Min tewas

Tidak rasmi: BN mendahului 16 kerusi PRN Negeri Sembilan

Tidak rasmi: BN mendahului 16 kerusi PRN Negeri Sembilan

Polis pertingkat kawalan keselamatan di istana dan pejabat kerajaan

Polis pertingkat kawalan keselamatan di istana dan pejabat kerajaan

Sistem MyNIISe di Sungai Tujoh dilancarkan, kekalkan pilihan pemeriksaan pasport manual

Sistem MyNIISe di Sungai Tujoh dilancarkan, kekalkan pilihan pemeriksaan pasport manual