Masa selamatkan Malaysia, perangi rasuah tanpa kompromi – Anwar

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan kekal berpegang kepada prinsip tidak berkompromi dalam usaha membanteras rasuah dan penyelewengan yang boleh menjejaskan masa depan negara.

Beliau berkata, semua dakwaan berkaitan salah guna kuasa, termasuk yang membabitkan Tabung Haji (TH), akan disiasat mengikut lunas undang-undang tanpa memilih bulu.

“Kerajaan ini berani berpegang teguh kepada prinsip. Rasuah perlu dibanteras dan siasatan akan diteruskan.

“Sudah tiba masanya kita menyelamatkan Malaysia dan membantu kerajaan untuk menyelamatkan negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra PMX Bersama Komuniti India di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar turut menyeru rakyat agar bersama-sama mempertahankan integriti negara dengan menolak mana-mana pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut beliau, sokongan rakyat amat penting bagi memastikan agenda reformasi serta usaha memperkukuh tadbir urus dapat dilaksanakan demi kepentingan negara dan generasi akan datang.

Terdahulu, Jemaah Kabinet bersetuju mendedahkan hasil dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 yang mengalami kerugian kira-kira RM10 bilion. Perdana Menteri mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan.

Related Posts

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang