Kerajaan selamatkan TH daripada muflis demi lindungi simpanan pendeposit – PM

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan terpaksa menyalurkan suntikan kewangan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi mengelakkannya daripada muflis selepas mengalami kerugian besar yang boleh menjejaskan simpanan pendeposit.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi melindungi wang simpanan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah yang menyimpan sedikit demi sedikit untuk menunaikan ibadah haji.

“Wang jemaah haji ini wang orang kampung, sudah diambil wang (ini) secara besar-besaran, berbilion-bilion.

“Yang orang kampung kutip RM100 sebulan pun hilang. Sudah rugi, kalau kerajaan pada masa itu biar, dah jatuh bankrap pula Tabung Haji.

“Jadi kita kena bagi suntikan. Siapa bayar? kerajaan bayar balik,” katanya ketika berucap pada Grand Finale Kekal Harapan Negeri Sembilan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat di Betaria Business Centre, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Jemaah Menteri bersetuju supaya laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung TH dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, laporan itu akan dibentangkan serta dibahaskan pada sidang khas Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan turut menjadi medan kepada rakyat untuk menyampaikan mesej yang jelas supaya kepentingan negeri dan harta rakyat terus dipelihara.

“Bagi mesej yang jelas, cukuplah, jagalah negeri ini. Apa pun kelemahan, jangan izinkan negeri ini, harta benda rakyat itu diambil dan kita padamkan,” katanya.

Related Posts

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX