Dapatan RCI TH perlu jadi pengajaran, elak kelemahan berulang – Dr Abu Hafiz

SHAH ALAM – Pendedahan hasil dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 perlu dijadikan pengajaran penting agar kelemahan tadbir urus dan salah guna kuasa tidak berulang pada masa hadapan.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, keputusan Kabinet untuk mendedahkan laporan RCI secara terbuka membolehkan rakyat memahami bagaimana dana haji dan pelaburan umat Islam itu pernah diuruskan sehingga menimbulkan kebimbangan.

Menurut beliau, pendedahan tersebut bukan bertujuan menghukum mana-mana pihak semata-mata, sebaliknya memberi ruang kepada masyarakat untuk mengambil iktibar supaya kesilapan yang sama tidak berulang.

“Tabung Haji adalah dana haji dan pelaburan caruman umat Islam. Dapatan RCI amat menakutkan apabila melihat bagaimana institusi itu pernah diuruskan sebelum kembali kukuh pada hari ini, Alhamdulillah.

“Pendedahan ini membolehkan kita belajar agar kesalahan serta watak yang bertanggungjawab terhadap kelemahan tersebut tidak berulang pada masa akan datang,” katanya menerusi kenyataan di media sosial malam tadi.

Mengulas dapatan RCI, Abu Hafiz berkata, suruhanjaya mendapati Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah TH ketika itu didakwa terlalu banyak terlibat dalam jawatankuasa serta anak syarikat sehingga gagal memberi tumpuan kepada tanggungjawab utama sebagai lembaga pengarah.

“Persoalan, mengapa tiada semak dan imbang oleh pihak eksekutif bawah JPM (Jabatan Perdana Menteri) ketika itu?

“Suruhanjaya menilai penamatan khidmat Pengerusi dan CEO TH lebih awal dari kontrak asal, adalah tidak wajar dan tidak munasabah. TS Md Nor dan Datuk Nik Hasyudeen dinilai telah berkhidmat dengan baik tetapi dihentikan tugas sebelum habis kontrak” soalnya lagi.

Dalam masa sama, Abu Hafiz berkata, RCI turut menegur Jabatan Audit Negara (JAN) yang disifatkan gagal bertegas serta tidak membuat penilaian secara telus terhadap kedudukan kewangan TH.

Beliau berkata, suruhanjaya berpendapat penarafan Audit Bersih bagi tahun 2017 tidak sepatutnya diberikan, selain pemberian hibah yang tinggi bagi tempoh 2014 hingga 2017 walaupun tidak memenuhi syarat juga didakwa tidak menerima teguran sewajarnya.

Menurutnya, semua dapatan itu perlu dijadikan asas untuk memperkukuh tadbir urus, integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan institusi yang menguruskan amanah umat Islam.

Laporan penuh RCI Tabung Haji disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di laman sesawang https://online.fliphtml5.com/…/WJD22-0447-Laporan…/

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik