Manivanan sifatkan dakwaan agih wang sebagai fitnah, rayu pengundi nilai berdasarkan fakta

JEMPOL –  Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G Manivanan menafikan tuduhan video tular kononnya terdapat pemberian wang di sebuah stesen minyak sekitar Rompin yang dikaitkan dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, PH Jeram Padang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dakwaan tersebut dan perkara itu membuktikan berita palsu sedang dimainkan dalam mewujudkan sentimen negatif terhadap gabungan parti terbabit.

Menurut beliau, penyebaran tuduhan tanpa bukti yang cuba mengaitkan PH dengan aktiviti tersebut adalah tidak bertanggungjawab, berunsur fitnah dan berpotensi mengelirukan pengundi, khususnya ketika tempoh berkempen.

“Justeru, pihak kami akan membuat satu laporan polis supaya siasatan segera dapat dijalankan. Kami menyeru mana-mana pihak agar menghentikan penyebaran maklumat yang tidak disahkan serta membiarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara profesional.

“Mana-mana individu yang didapati menyebar fitnah atau maklumat palsu hendaklah dipertanggungjawabkan
mengikut lunas undang-undang. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan rakyat Jeram Padang.

“Rakyat perlu membuat penilaian berdasarkan fakta, rekod, idea dan komitmen setiap calon, bukannya berdasarkan fitnah, persepsi atau politik yang bertujuan mengelirukan pengundi,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Beliau turut menepis kenyataan yang mengaitkannya dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kuala Langat sambil menegaskan, kempen kali ini sepatutnya tertumpu kepada masa depan Jeram Padang bukan mengungkit sejarah politik individu.

Sepanjang tempoh berkempen, beliau telah turun padang bertemu masyarakat di kawasan FELDA, FELCRA, taman perumahan, perkampungan Orang Asli, estet serta komuniti pelbagai kaum bagi mendengar keperluan dan harapan mereka.

“Saya mendengar sendiri keluhan mereka dan telah mengemukakan pelbagai komitmen yang realistik serta boleh dilaksanakan sekiranya diberikan mandat. Saya kekal bersedia untuk berdebat.

“Bila-bila masa dalam suasana yang profesional, beradab dan berpaksikan fakta. Jika calon BN benar-benar yakin dengan rekod serta tawarannya, saya percaya beliau tidak perlu bimbang untuk tampil di hadapan rakyat,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX