Netizen anggap pendedahan RCI TH selepas pemulihan keputusan tepat

PENDEDAHAN Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di platform Threads, dengan ramai menyifatkan langkah kerajaan mendedahkan laporan itu selepas institusi berkenaan kembali stabil sebagai keputusan yang tepat.

Seorang pengguna, @teja berpandangan, keputusan kerajaan menangguhkan pendedahan laporan sebelum ini berjaya mengelakkan kemungkinan berlakunya panik dalam kalangan pendeposit.

Menurutnya, sekiranya laporan itu didedahkan ketika TH masih berdepan defisit dana dan isu kerugian, keadaan mungkin mencetuskan gelombang pengeluaran simpanan secara besar-besaran yang boleh menjejaskan kestabilan institusi berkenaan.

“Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memilih untuk memulihkan kelemahan sistem terlebih dahulu, melaksanakan sebahagian besar cadangan pemulihan, memastikan pembayaran dividen yang stabil sebelum mendedahkan hasil siasatan kepada umum.

“Mad respect to PMX, kerajaan handle krisis. He chose to fix the systemic issues first, laksana 75 peratus syor, dan dedahkan yang sebenar. Bila TH dah kalis badai baru dia buka pekung pengurusan lama dan biar SPRM dan PDRM ambi tindakan,” tulisnya.

Pandangan itu turut disokong pengguna @sue_273 yang mengakui laporan RCI yang dibaca ketika ini sudah cukup menyentuh perasaan, apatah lagi jika ia didedahkan ketika TH masih berada dalam keadaan rapuh.

Seorang lagi pengguna, @nura_halim, mengimbau situasi ketika timbul khabar angin mengenai kedudukan TH sebelum ini yang menyebabkan sebahagian pendeposit mula mengeluarkan simpanan mereka kerana bimbang dengan keadaan institusi berkenaan.

“Betul. Terutamanya orang-orang kampung tu boleh duit sawit ke duit getah ke baru dapat nak menabung. Makan tahun. Susah payah orang nak lengkapkan Rukun Islam,” tulisnya lagi.

Sementara itu, @amyranur88 berharap lebih banyak maklumat berkaitan dapatan RCI dikongsikan kepada orang ramai, khususnya golongan muda, supaya mereka lebih memahami isu ketirisan dan salah laku yang pernah berlaku dalam pengurusan TH.

Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang mengaitkan isu itu dengan landskap politik negara. Pengguna @syariffalik berpendapat pencapaian kerajaan dalam memulihkan TH tidak semestinya diterjemahkan kepada sokongan politik, kerana persepsi pengundi sering kali lebih mempengaruhi keputusan berbanding prestasi pentadbiran.

Laporan RCI Tabung Haji yang didedahkan Kabinet pada Rabu menggariskan pelbagai kelemahan dalam tadbir urus dan pengurusan institusi itu sepanjang tempoh 2014 hingga 2020, selain mengemukakan beberapa syor bagi memperkukuh integriti serta tadbir urus TH pada masa hadapan.

Related Posts

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya bukan seorang bapa yang ideal sepanjang perjalanan politiknya, sebaliknya menghargai pengorbanan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana banyak memainkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap