Polis Saratok tahan lelaki positif dadah dalam Op Tapis

SARATOK – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah menerusi Op Tapis di kawasan Awik di pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan oleh Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok.

Menurut beliau, operasi berkenaan digerakkan pada jam 9.30 pagi hasil maklumat yang disalurkan oleh orang awam.

“Pasukan yang diketuai oleh Inspektor Henry telah membuat pemeriksaan ke atas lelaki berkenaan yang disyaki sebagai penagih.

“Suspek kemudiannya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Saratok bagi tujuan ujian saringan awal air kencing,” katanya.

Mengulas lanjut, Mathew memberitahu bahawa hasil ujian saringan tersebut mendapati suspek positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin.

Tegas beliau, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia