Generasi kedua peneroka FELDA Sendayan rayu isu pampasan hampir 30 tahun diselesaikan

SEREMBAN – Generasi kedua peneroka FELDA Sendayan merayu kerajaan negeri membantu menyelesaikan pertikaian pampasan pengambilan tanah yang didakwa berlarutan hampir 30 tahun sejak 1996.

Wakil generasi kedua peneroka, Mohd Khairy Lekah@Ishak berkata, tuntutan itu membabitkan 15 peneroka yang tidak bersetuju dengan kadar pampasan yang ditawarkan ketika pengambilan tanah bagi tujuan pembangunan.

Beliau berkata, pihaknya berharap kerajaan negeri dapat menjadi pemudah cara dalam mengadakan rundingan dengan Matrix Global Concepts bagi mencari penyelesaian yang adil terhadap tuntutan yang masih belum dimuktamadkan.

“Kami sebagai generasi kedua peneroka FELDA Sendayan memohon jasa baik kerajaan negeri untuk membantu menyelesaikan isu yang telah lama tertangguh sejak 1996.

“Tuntutan kami adalah supaya perbezaan antara kadar pampasan yang digunakan dengan nilai yang dikemukakan melalui laporan penilaian sendiri semasa perbicaraan di mahkamah dahulu dapat dipertimbangkan.

“Kami berharap kerajaan negeri dapat mengusahakan rundingan dengan Matrix Global Concepts supaya isu yang berlarutan hampir tiga dekad ini dapat diselesaikan sebaik mungkin,” katanya ketika sesi sidang media di sini, pada Khamis.

Mohd Khairy berkata, isu itu hanya membabitkan 15 daripada 513 peneroka asal FELDA Sendayan yang tidak menerima kadar pampasan ditawarkan kerana berpendapat nilainya tidak setimpal.

Menurutnya, FELDA Sendayan mula dibangunkan oleh peneroka sejak 1962 dan hasil titik peluh generasi terdahulu menjadi asas kepada pembangunan pesat kawasan itu hari ini.

“Orang-orang tua kami membangunkan tanah ini sejak 1962. Kami bukan hanya memikirkan soal wang, tetapi mahu jasa dan pengorbanan mereka dihargai.

“Matrix Global Concepts memperoleh manfaat besar daripada pembangunan di kawasan ini. Kami berharap penyelesaian yang lebih adil dapat dicapai melalui rundingan dengan bantuan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya nilai tanah berkenaan dipertimbangkan sebagai ekuiti dalam pembangunan yang dilaksanakan agar peneroka yang terbabit menerima pulangan yang lebih setimpal.

Katanya, campur tangan kerajaan negeri amat penting bagi memudah cara rundingan antara peneroka dan Matrix Global Concepts supaya pertikaian pampasan yang berlarutan hampir tiga dekad itu dapat diselesaikan secara baik.

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana