Pencalonan PM: Ucapan Zahid kepada Hamzah undang pelbagai tafsiran

KENYATAAN bahawa hak Menteri Besar Negeri Sembilan bukan milik mutlak UMNO, terkini sekutu Pas dalam Perikatan Nasional (PN) pula mengangkat Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), namun respons Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cukup ringkas – mengucapkan “selamat maju jaya”.

Ahmad Zahid menyifatkan hasrat yang disuarakan Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, sebagai satu cita-cita politik yang wajar dihormati.

“Saya rasa itu satu cita-cita yang baik dan saya rasa itu mungkin satu usaha yang sangat-sangat disanjung oleh semua parti-parti politik di negara kita,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pekebun Kecil Peringkat Zon Tengah.

Saifuddin sebelum ini dalam sebuah podcast portal tempatan menamakan Hamzah sebagai calon Perdana Menteri yang sesuai selepas PRU16.

Menurutnya, rakyat kini mahukan “wajah baharu” dalam kepimpinan negara dan bukan lagi tokoh lama yang pernah menerajui kerajaan.

Beliau berkata, Parti Wawasan Negara menawarkan konsep “konsensus nasional baharu” sebagai pendekatan segar dalam politik negara, dengan Hamzah dilihat antara pemimpin yang mampu memenuhi aspirasi tersebut.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid secara berseloroh mengucapkan selamat maju jaya kepada Saifuddin dalam usaha merealisasikan cita-cita politik berkenaan.

“Mudah-mudahan kita ucapkan selamat maju jaya kepada cita-cita besar Datuk Seri Saifuddin Abdullah itu sebagai Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara yang sedang muncul sebagai parti ‘new kid on the block’,” katanya.

Kenyataan itu hadir ketika Parti Wawasan Negara, yang kini menjadi sekutu Pas dalam PN, mula menampilkan Hamzah sebagai wajah utama gabungan berkenaan menjelang PRU16.

Related Posts

‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

RAMAI sebelum ini menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melakukan perubahan yang mencukupi, sedangkan Perdana Menteri berdepan pelbagai cabaran termasuk sokongan politik yang tidak kukuh, kerajaan gabungan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama Pas berubah ikut percaturan politik, dakwa Dr Marzuki

KUALA LUMPUR – Pas didakwa memilih rakan politik berdasarkan kepentingan mendapatkan kerusi Parlimen, bukannya semata-mata atas dasar perjuangan ketuanan Melayu atau ketuanan Islam. Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos