Projek Rumah Generasi Kedua FELDA bermasalah zaman BN

JELEBU – Tindakan Barisan Nasional (BN) memainkan isu Perumahan Generasi Kedua FELDA di FELDA Pasoh 3 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai strategi terdesak dalam mengalih perhatian agar Pakatan Harapan (PH) menjadi ‘kambing hitam’ menanggung kesalahan itu.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui, Zainal Fikri Abd Kadir berkata, tidak wajar kesalahan itu menjadi peluru kepada PH kerana projek terbabit sudah berdepan pelbagai masalah sejak pentadbiran Barisan Nasional (BN)

“Itu memang (strategi) orang terdesak. Jadi, dia akan menggunakan banyak strategi alasan. Saya menyeru kepada masyarakat FELDA faham bahawa projek tu perumahan tu bukannya zaman kita.

“Projek tu dah terbengkalai zaman mereka. Menteri pun mereka juga. Pengarah pun daripada mereka juga. Tak ada kena-mengena dengan DAP. Tak ada kena- mengena dengan orang Cina

“Kenapa pula (PH) disalahkan? Pemimpin-pemimpin mereka yang menyebabkan kerugian berbilion Ringgit sehingga FELDA mengalami kerugian. Jadi saya berharap semua penduduk dekat kat sini faham kedudukan yang sebenar di sini,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Zainal Fikri menegaskan, kelompangan yang dihadapi FELDA ketika ini memaksa Kerajaan MADANI mengambil langkah memulihkan kedudukan kewangan aganesi itu, termasuk menanggung komitmen pembayaran hutang tinggi setiap tahun.

Beliau mengharapkan agar rakyat dapat menilai sendiri bagaimana sebuah institusi perladangan yang pernah menjadi antara yang terbesar di dunia boleh mengalami kerugian besar sekiranya tadbir urusnya dilaksanakan dengan baik dan berintegriti.

“Hampir 1bilion hutang FELDA perlu dibayar. Jadi itulah usaha kita PH hari ni.Kita nak kena cover up balik daripada perbuatan mereka yang sebelum ini dari segi tata kelola yang saya rasa.

“Sebelum ini, Raja Alias (bekas Pengerusi Felda Tun Raja Muhammad Alias Raja) kita ada dana (kuntungan) Felda berbilion ringgit. Jad, kita di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kita mahu tatakelola baik dan kita mahu servis baik kepada masyarakat,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia