Harimau Malaya tenang belasah Laos 4-0

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya meneruskan momentum positif pada kempen Piala ASEAN 2026 apabila membelasah Laos 4-0 pada aksi kedua Kumpulan B di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut buat anak buah Tan Cheng Hoe pada kempen kali ini selepas mengalahkan Myanmar 2-1 pada aksi pertama di Stadium Thuwunna, Sabtu lalu.

Laos terlebih dahulu menguji gawang negara pada minit kedua menerusi percubaan Soukphachan Leaunthala, namun berjaya dihalang benteng pertahanan negara.

Skuad negara beberapa kali berjaya menembusi pertahanan Laos menerusi gerakan pantas di bahagian sayap tapi dikecewakan dengan hantaran lintang kurang kemas ke dalam kotak penalti.

Laos sekali lagi menguji gawang negara menerusi rembatan dari luar kotak penalti Vilai Koulangsy pada minit ke-24 yang ditepis Azri Ghani sebelum Azri menyelamatkan percubaan leret Xayasith Singsavang seminit berselang.

Penjaga gol Laos, Keo Oudone Souvannasangso yang cemerlang menutup pintu golnya sepanjang babak pertama akhirnya tewas pada minit ke-45.

Bermula menerusi gerakan daripada sebelah kanan yang menemui G Pavithran di sebelah sayap kiri, pemain itu melakukan hantaran pendek sebelum ditampan masuk Josue sekali gus membolehkan Malaysia mendahului dengan 1-0.

Pasukan Laos bermula garang sebaik aksi babak kedua bersambung dan hampir memperoleh gol penyamaan menerusi Kouaycheng Noophackde, namun dapat dihalang Azri yang keluar menyelamatkan gawangnya.

Kepantasan Pavithran di sayap kiri jelas memberikan masalah kepada Laos dan hantarannya ke dalam kotak penalti kali ini disudahkan Endrick dos Santos untuk Malaysia melebarkan jurang kepada 2-0 pada minit ke-57.

Impian Laos untuk bangkit bertambah sukar apabila mereka bolos buat kali ketiga pada minit ke-66 selepas Viengxay Sitdavong tertampan hantaran Mohamadou Sumareh ke gawang sendiri.

Malaysia terus berpesta gol apabila menambah gol keempat pada minit ke-84 selepas pemain gantian, Wan Ahmad Kuzain Wan Kamal hanya memerlukan 13 minit selepas menggantikan Endrick untuk meledak gol sulungnya bersama Harimau Malaya menerusi sepakan percuma yang terus menerjah gawang Laos.

Harimau Malaya bakal berdepan juara tujuh kali, Thailand di Bangkok pada 1 Ogos ini.

Related Posts

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

MANCHESTER United terselamat daripada kekalahan selepas terikat 1-1 menentang Fulham hasil jaringan penyamaan lewat Matheus Cunha, namun tekanan terhadap pengurusnya, Michael Carrick semakin memuncak susulan satu lagi persembahan hambar skuad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

MANCHESTER City kembali menerajui Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan Sunderland 5-3 dalam aksi penuh dramatik di Stadium Etihad, malam tadi. Gol pertama Enzo Fernandez bersama kelab itu menjadi pencetus kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET