Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

JEMPOL – Pakatan Harapan (PH) menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat dakwaan berkaitan pemberian wang kepada pengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebarang siasatan terhadap sebarang dakwaan yang timbul sepanjang tempoh pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa SPR

Beliau yang juga Menteri Komunikasi menegaskan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga bersedia membantu sebagai agensi teknikal.

“Siasatan perlu dilakukan oleh pihak SPR dalam tempoh Pilihan Raya dan agensi seperti MCMC sedia untuk menjadi agensi teknikal membuat pengesahan.

“Ataupun melakukan forensik digital
terhadap kandungan-kandungan yang dimuat naik ataupun disebarkan. Boleh rujuk dengan pihak SPR mengenai dakwaan yang ditimbulkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program minum petang bersama komuniti Felda Bukit Rotan Barat yang turut dihadiri oleh calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G Manivannan, pada Selasa.

Dalam pada itu, Fahmi turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap penyebaran maklumat palsu yang dijangka meningkat menjelang hari pengundian PRN Negeri Sembilan.

Menurut beliau, trend penyebaran kandungan tidak sahih termasuk video lama yang dikitar semula serta maklumat yang dipetik di luar konteks juga akan semakin ketara dalam tempoh beberapa hari terakhir sebelum pengundian, sekali gus berpotensi mempengaruhi pengundi.

“Saya lihat terutama dalam dua atau tiga hari terakhir (kempen PRN) akan ada trend penyebaran maklumat palsu, terutama melalui WhatsApp. Banyak maklumat yang tidak tepat, maklumat yang separuh jalan ceritanya ataupun video lama yang dikitar semula.

“Jadi saya minta semua pihak berhati-hati dan bersyak wasangkalah dengan sebarang maklumat yang diterima dalam WhatsApp…semak dahulu dengan media arus perdana atau organisasi media rasmi,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap