Status ratusan Rohingya disemak selepas dipindah ke IPK Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Ratusan pelarian Rohingya yang berkampung di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling di sini dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, malam Isnin.

Pemindahan itu dilakukan bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan proses dokumentasi serta pengesahan identiti terhadap semua warga asing berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus mengesahkan pemindahan berkenaan dilakukan pada malam Isnin dan semua individu terbabit akan menjalani pemeriksaan identiti sebelum pihak berkuasa menentukan tindakan selanjutnya.

Sementara itu, sumber berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangka menyelaras pengurusan kes berkenaan bagi mengenal pasti individu yang mempunyai dokumen UNHCR yang sah serta menentukan penempatan bersesuaian.

Menurut sumber, mereka yang tidak memiliki kad UNHCR atau gagal membuktikan status sebagai pelarian yang sah akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Mereka kemudiannya akan ditempatkan di depoh tahanan imigresen sebelum melalui proses penghantaran pulang ke negara asal, tertakluk kepada tindakan pihak berkuasa.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kumpulan pelarian yang mengganggu ketenteraman awam atau cuba menguasai mana-mana kawasan di negara ini.

Beliau berkata, agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), JIM dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Media sebelum ini melaporkan kumpulan pelarian berkenaan tiba di ibu negara pada awal pagi Isnin dengan menaiki tiga bas selepas diusir penduduk tempatan dari penempatan mereka di Pulau Pinang.

Related Posts

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan