SPR harap pengundian awal Negeri Sembilan lepasi rekod 94 peratus Johor

PORT DICKSON – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap kadar keluar mengundi awal bagi anggota tentera, polis dan pasangan masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dapat melepasi 90 peratus, malah menyamai atau mengatasi rekod 94 peratus yang dicapai di Johor baru-baru ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, sehingga jam 10 pagi, sebanyak 34.26 peratus daripada pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka.

“Insya-Allah sehingga petang nanti kita menjangkakan kadar keluar mengundi ini boleh mencapai sehingga 90 peratus keseluruhan. Kita doa, kita harap kita boleh lebih daripada 90 peratus kerana di Johor baru-baru ini kita mencapai 94 peratus,” katanya dalam sidang media selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, di sini.

Beliau berkata, sasaran 100 peratus tidak dapat dicapai berikutan beberapa keadaan yang tidak dapat dielakkan, termasuk pasangan anggota polis dan tentera yang telah berpisah.

“Kita tak boleh capai 100 peratus seperti yang sepatutnya orang selalu fikir, anggota tentera dan polis sepatutnya boleh mencapai 100 peratus. Tapi ada beberapa perkara yang kita tak boleh elak. Jadi, 10 peratus itu kita jangka tidak dapat turun mengundi pada hari ini,” katanya.

Sebanyak 38 pusat mengundi awal membabitkan 70 saluran dibuka di seluruh Negeri Sembilan bagi membolehkan anggota pasukan keselamatan serta pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Ramlan berkata, jumlah anggota tentera yang terlibat ialah 11,293 orang, manakala anggota polis seramai 5,174 orang.

Beliau berkata, jumlah pengundi awal yang akan mengundi secara fizikal hari ini ialah 16,467 orang selepas sebahagian daripada keseluruhan 22,339 pengundi awal memohon untuk mengundi secara pos.

Katanya, 17 pusat mengundi akan ditutup secara berperingkat pada jam 12 tengah hari, diikuti tiga pusat pada jam 2 petang dan 18 pusat pada jam 5 petang.

Dalam perkembangan sama, Ramlan berkata, SPR menjangkakan kadar keluar mengundi pada hari pengundian Sabtu ini antara 72 hingga 75 peratus.

Menurutnya, jangkaan itu dibuat berdasarkan suasana kempen yang sengit di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, secara keseluruhannya proses PRN Negeri Sembilan ke-16 berjalan lancar, tertib dan aman, namun SPR menerima 206 aduan berkaitan kesalahan pilihan raya.

Katanya, kebanyakan aduan berkenaan secara umumnya membabitkan kesalahan kecil seperti berkaitan bahan kempen.

Sebanyak 38 pusat mengundi awal dibuka tepat pada jam 8 pagi ini bagi membolehkan anggota pasukan keselamatan serta pasangan masing-masing mengundi.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan secara rasmi pada 5 Jun lalu bagi memberi laluan kepada PRN ke-16, manakala hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa