Saya dah jangka LRA Bukit Selambau turut alami masalah yang sama – Akmal

MENTERI Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menepis dakwaan kononnya beliau sengaja mencari kesalahan apabila sekali lagi membangkitkan isu kelewatan projek Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah.

Beliau meluahkan rasa kesal kerana baru sahaja beberapa bulan lepas beliau membangkitkan soal projek LRA Sungai Limau yang terbengkalai, tetapi kini satu lagi projek LRA iaitu LRA Bukit Selambau turut berdepan masalah sama.

Susulan itu, Akmal mengkritik kelewatan projek LRA Bukit Selambau dengan mendakwa ia berpunca daripada kecuaian pengurusan projek, walaupun amaran mengenai keperluan mendapatkan komponen mekanikal dan elektrikal (M&E) telah diberikan sejak dua tahun lalu.

“Dalam pengurusan projek, memang akan ada faktor yang menyebabkan projek lewat dan kenaikan kos dipertimbangkan khususnya perubahan skop dan penambahan kerja.

“Tetapi culas, cuai dan tak ambil serius kerja bukan termasuk salah satunya. Tambah lagi apabila saya dah sebut dua tahun lepas sewaktu di PETRA yang barang komponen Mechanical & Electrical (M&E) perlu diutamakan dan order segera.

“Saya dah cakap awal-awal tapi tak buat, sekarang dah ada masalah berani pula nak minta tambahan kos dari Kementerian Ekonomi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau mempersoal, adilkah untuk segala beban ini ditanggung oleh rakyat sedangkan amaran telah diberikan lebih awal sebelum ini.

“Adilkah buat kami, amaran yang dah diberi bertahun lepas, kini berlaku dan beban itu nak diletak ke atas saya?

“Adilkah juga buat pembayar cukai, masih banyak projek pembangunan yang perlu didahulukan, termasuk projek lewat lain yang genuine? Harapan saya supaya penilaian yang jujur dibuat ke atas usaha ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, beliau turut membangkitkan isu projek LRA Sungai Limau yang didakwanya terbengkalai, sebelum kini mendedahkan satu lagi projek LRA di Kedah, iaitu LRA Bukit Selambau, yang menurutnya turut berdepan masalah.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera