Road to MAHA Labuan jadi platform promosi Program Ikan Rakyat Sabah

LABUAN – Hidangan tradisi Sabah iaitu ambuyat bersama ikan ampap menjadi antara tarikan utama di booth Sabah Fish Marketing Sdn. Bhd. (SAFMA) sepanjang Road to MAHA Labuan 2026, sekali gus mempromosikan Program Ikan Rakyat Sabah (IRS) kepada masyarakat.

Pengurus Besar SAFMA, Burhan Japar berkata, penyertaan itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai Program Ikan Rakyat Sabah yang menyediakan bekalan ikan segar, berkualiti dan pada harga berpatutan.

“Program berkenaan bukan sahaja membantu rakyat mendapatkan sumber protein berkualiti pada harga mampu milik, malah menyokong agenda keterjaminan makanan negeri, meningkatkan pendapatan nelayan tempatan serta memperkukuh industri perikanan Sabah.

“Platform seperti Road to MAHA membuka peluang kerjasama strategik yang mampu memperkukuh ekosistem industri perikanan negara di samping memperluaskan pasaran hasil laut Sabah.

“Selain mempamerkan pelbagai produk makanan laut segar, makanan laut sejuk beku dan produk hiliran, SAFMA turut menghidangkan menu tradisi Sabah seperti ambuyat bersama ikan ampap serta pais ikan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.” ujarnya dalam kenyataan, pada Selasa.

Related Posts

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama