Eksesais Keris Strike perkukuh kerjasama pertahanan Malaysia, AS dan Australia

KOTA BELUD – Eksesais Keris Strike Siri 31/2026 melabuhkan tirainya pada Isnin, selepas berlangsung selama 14 hari, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan tempur serta kerjasama pertahanan antara Tentera Darat Malaysia (TDM), United States Army Pacific Command (USARPAC) dan Australian Defence Force (ADF).

Acara penutup eksesais itu disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad, di Lapang Sasar Udara 2, Kota Belud.

Eksesais yang berlangsung dari 13 hingga 27 Julai itu merupakan latihan ketenteraan multilateral terbesar melibatkan ketiga-tiga angkatan yang dilaksanakan di beberapa lokasi strategik di Sabah termasuk Kem Lok Kawi, Kompleks Sukan Kota Belud, Kawasan Am Kota Belud, Lapang Sasar Udara 1 dan 2 serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Seramai 2,846 pegawai dan anggota menyertai latihan itu, terdiri daripada 2,010 anggota Tentera Darat Malaysia, 560 anggota USARPAC dan 275 anggota Australian Defence Force, dengan Markas 5 Divisyen bertindak sebagai formasi utama pelaksana.

Keris Strike merupakan eksesais tahunan di bawah Bilateral Training and Consultative Group (BITACG) yang dilaksanakan sejak 1996 bagi memperkukuh hubungan pertahanan, meningkatkan interoperabiliti serta membina persefahaman strategik antara Malaysia, Amerika Syarikat dan Australia.

Latihan kali ini berteraskan konsep Joint Pacific Multinational Readiness Center–Exportable (JPMRC-X) yang merangkumi Staff Exercise (STAFFEX), Subject Matter Expert Exchange (SMEE), Cross Training Exercise (CTX), Combined Arms Live Firing Exercise (CALFEX) dan Field Training Exercise (FTX).

Pelaksanaan JPMRC-X turut membuktikan keupayaan Malaysia sebagai lokasi strategik bagi pembangunan Pusat Latihan Tempur Serantau, sekali gus menjadi asas ke arah penubuhan Partner Training Center (PTC) pada tahap Initial Operational Capability (IOC).

Sepanjang latihan, peserta turut memberi penekanan terhadap aplikasi doktrin Large-Scale Combat Operations (LSCO), selain menguji penyelarasan operasi tembakan tepat jarak jauh, operasi gabungan udara dan darat serta integrasi aset ketiga-tiga angkatan bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan tempur dalam persekitaran operasi moden.

Selain memperkukuh keupayaan operasi gabungan di peringkat Divisyen, Briged dan Batalion, program Subject Matter Expert Exchange (SMEE) turut menjadi platform pertukaran ilmu, teknik, taktik dan prosedur peperangan yang mempertingkatkan profesionalisme serta interoperabiliti antara ketiga-tiga angkatan.

Kejayaan penganjuran Eksesais Keris Strike Siri 31/2026 mencerminkan komitmen berterusan Tentera Darat Malaysia dalam memperkukuh kesiapsiagaan tempur, meningkatkan profesionalisme warga tentera serta mempererat kerjasama pertahanan serantau dan antarabangsa bagi menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan