Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

KUALA LUMPUR – Malaysia bakal kembali menjadi tumpuan dunia permotoran apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dipilih untuk menganjurkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 dari 2 hingga 4 Oktober depan.

Penganjuran itu menyaksikan perlumbaan yang sepatutnya berlangsung di Bahrain dipindahkan ke Sepang menerusi kerjasama antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Kerajaan Bahrain dan Kerajaan Malaysia.

Formula 1 dan FIA dalam kenyataan bersama pada Ahad berkata, keputusan berkenaan membolehkan kalendar perlumbaan musim ini diteruskan seperti dirancang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali menyifatkan perkembangan itu sebagai bukti keupayaan sukan berkenaan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa serta mencari penyelesaian bagi memastikan musim perlumbaan tidak terjejas.

“Ini adalah berita yang amat baik kepada peminat Formula 1. Mereka bukan sahaja dapat menikmati kalendar perlumbaan yang lengkap, malah menyaksikan Formula 1 kembali ke sebuah litar yang mempunyai sejarah tersendiri. Malaysia merupakan sebuah negara yang luar biasa dan Sepang mempunyai tempat yang istimewa dalam sejarah Formula 1,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, kerajaan kedua-dua negara serta Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem atas kerjasama dalam menjayakan keputusan berkenaan.

Sementara itu, Mohammed Ben Sulayem berkata, kepulangan Formula 1 ke Sepang membuktikan hubungan erat antara FIA dan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia, selain komitmen berterusan kerajaan terhadap pembangunan sukan permotoran.

Beliau berkata, kerjasama itu turut mencerminkan kekuatan jaringan antarabangsa dalam memastikan Formula 1 dapat terus berlangsung dalam keadaan mencabar.

Dalam perkembangan sama, Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Hamad Al Khalifa berkata, penganjuran Grand Prix Bahrain di Malaysia mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara.

Katanya, perlumbaan itu dijangka memberi pengalaman istimewa kepada peminat Formula 1 di seluruh dunia, selain menghargai sokongan semua pihak termasuk Formula 1, FIA, Litar Antarabangsa Bahrain, SIC dan pasukan yang terbabit.

Related Posts

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan