Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

SUNGAI PETANI – Pekerja sebuah kilang papan di sini gempar apabila menemui satu objek menyerupai bom tangan bersama sekeping nota berbaur ugutan di hadapan pintu masuk pejabat premis tersebut di Bukit Selambau, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang pekerja wanita yang memaklumkan kejadian pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Katanya, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah kemudian dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati objek itu menyerupai bom tangan, namun ia tidak lengkap dan tidak berfungsi.

“Secara fizikal, ia menyerupai bom tangan, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti bahan yang digunakan sama ada diperbuat daripada besi, kayu atau bahan lain,” katanya kepada pemberita di premis berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati objek itu disedari oleh pekerja kira-kira pukul 10 pagi di hadapan pintu utama pejabat yang digunakan oleh kakitangan pejabat untuk memasuki premis.

“Sepanjang tempoh 10 tahun operasi kilang itu, ini merupakan kejadian pertama seumpamanya. Kita juga sedang mendapatkan keterangan saksi dan pihak pengurusan bagi mengenal pasti motif kejadian serta sama ada pernah berlaku ugutan sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, nota yang ditinggalkan ditulis dalam bahasa Melayu menggunakan dakwat merah dan mengandungi mesej meminta supaya operasi dihentikan.

“Bagaimanapun, lokasi objek itu ditemui tidak diliputi televisyen litar tertutup. Kita masih menyiasat maksud sebenar mesej tersebut dan operasi yang dimaksudkan dalam nota itu,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan