JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya.

Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said berkata, pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan dan maklumat yang diterima daripada semua agensi yang terbabit dalam pengurusan bencana di daerah berkenaan.

“Penamatan bencana berkuat kuasa mulai jam 2 petang hari ini, sekali gus menyaksikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau ditutup secara rasmi.

“Semua mangsa juga sudah pulang ke kediaman masing-masing,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurutnya, sepanjang tempoh bencana, semua agensi penyelamat dan pengurusan bencana memberikan kerjasama penuh bagi memastikan keselamatan mangsa, selain menyelaras bantuan serta operasi pemindahan.

Sehubungan itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota keselamatan, agensi penyelamat, sukarelawan dan pihak yang terbabit dalam menguruskan bencana sehingga keadaan kembali pulih.

“Orang ramai juga perlu terus berwaspada serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku perubahan cuaca atau risiko bencana pada masa hadapan,” ujarnya.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik