Danish mahu bawa suara anak muda, tidak pinggir golongan berusia di Chembong

REMBAU – Membawa suara generasi muda tanpa meminggirkan kepentingan golongan berusia menjadi antara keutamaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Chembong, Danish Nazran Murad, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Danish yang juga antara calon termuda PH berkata, beliau mahu memanfaatkan kewujudan institusi pendidikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong bagi mengembangkan potensi golongan muda, khususnya dari aspek kemahiran dan kebajikan.

“Saya sebagai seorang anak muda mahu cuba membawa perkara yang berkaitan kebajikan generasi muda kerana kita mempunyai banyak institusi pendidikan di sini.

“Mungkin kemahiran yang mereka ada boleh kita bawa untuk terus mengembangkan Chembong,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, tumpuan kepada golongan muda bagaimanapun tidak bermakna suara golongan lain akan diketepikan, terutama penduduk berusia yang turut membentuk sebahagian besar komuniti setempat.

“Kita faham kawasan ini mempunyai ramai warga berusia. Jadi, dalam saya membawa suara anak muda, saya juga tidak boleh meninggalkan suara golongan lain,” katanya.

Dalam pertandingan dua penjuru di DUN Chembong, Danish berdepan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Zaifulbahri Idris daripada Barisan Nasional (BN).

Mengakui persaingan itu sebagai cabaran besar, Danish berkata beliau perlu bekerja lebih keras bagi memberikan saingan sengit kepada penyandang yang mempunyai pengalaman sebagai wakil rakyat.

“Sebagai calon muda, cabarannya sangat besar apabila berdepan penyandang yang sudah memasuki penggal kelima.

“Saya perlu bekerja lebih kuat dan berkempen dengan lebih bersungguh-sungguh untuk menunjukkan bahawa saya mampu memberikan saingan sengit,” katanya.

Beliau pada masa sama berkata, kerjasama antara parti komponen PH sepanjang kempen berjalan baik, selain mendapat kepercayaan penuh kepemimpinan negeri.

Danish turut menyeru pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian dan membuat pilihan masing-masing berdasarkan pertimbangan terbaik.

Related Posts

PH tidak khianat, tikam belakang rakan – Ahmad Faez

LABU – Pakatan Harapan (PH) sentiasa berpegang kepada prinsip tidak mengkhianati atau menikam belakang rakan dalam menjalinkan kerjasama politik, kata calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Datuk Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Jangan berlunjur sebelum duduk’, Kamarul Arifin mahu politik beradat di Seri Menanti

KUALA PILAH – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti, Kamarul Arifin Wafa menyatakan baki tempoh kempen akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk bertemu seramai mungkin pengundi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima warga Myanmar ditahan bersama vesel nelayan kelas C, langgar syarat lesen

Lima warga Myanmar ditahan bersama vesel nelayan kelas C, langgar syarat lesen

SFC, Sarawak Energy perhebat pemuliharaan alam tanam pokok

SFC, Sarawak Energy perhebat pemuliharaan alam tanam pokok

Dialog pelancongan lonjak kerjasama ASEAN, Malaysia dan China

Dialog pelancongan lonjak kerjasama ASEAN, Malaysia dan China

PH tidak khianat, tikam belakang rakan – Ahmad Faez

PH tidak khianat, tikam belakang rakan – Ahmad Faez

Sarawak saran penggunaan AI bertanggungjawab bina kepercayaan digital

Sarawak saran penggunaan AI bertanggungjawab bina kepercayaan digital

Jenayah vandalisme di Sarawak semakin serius, seru peranan media didik masyarakat

Jenayah vandalisme di Sarawak semakin serius, seru peranan media didik masyarakat