Sarawak tubuh agensi aeroangkasa, sasar lantik CEO akhir tahun

KUCHING – Kerajaan Sarawak terus mengorak langkah secara agresif dalam industri angkasa lepas menerusi penubuhan agensi aeroangksa sendiri iaitu Majlis Penasihat Aeroangkasa Sarawak (SAAC).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, majlis penasihat berkenaan dipengerusikan sendiri oleh Premier Sarawak.

Menurut beliau, penubuhan kedua-dua entiti tersebut merupakan satu permulaan yang amat positif bagi memacu fasa awal industri aeroangkasa di negeri ini.

Jelasnya, barisan ahli lembaga pengarah bagi agensi tersebut juga telah berjaya dibentuk sepenuhnya.

“Kini, kita sedang dalam fasa pencarian individu yang layak untuk memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

“Malah, kita telah menerima banyak permohonan dan dijangka melantik CEO berkenaan menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai inisiatif terbaharu kerajaan Sarawak dalam merintis pembangunan sektor angkasa lepas pada Isnin.

Julaihi menambah, perkembangan memberangsangkan itu membuktikan bahawa Sarawak kini berada pada landasan yang tepat dan terarah untuk menguasai teknologi aeroangkasa secara serius.

Related Posts

SFC, Sarawak Energy perhebat pemuliharaan alam tanam pokok

LUNDU – Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Sarawak Energy Berhad terus memperkukuh usaha pemuliharaan biodiversiti negeri ini menerusi inisiatif penanaman pokok. Kerjasama strategik itu diterjemahkan melalui penganjuran Program Penanaman Pokok…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dialog pelancongan lonjak kerjasama ASEAN, Malaysia dan China

KUALA LUMPUR – Penganjuran Dialog Pelancongan ASEAN-China dan Malaysia-China dilihat sebagai platform strategik dalam memperkukuh kerjasama sektor pelancongan di rantau ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SFC, Sarawak Energy perhebat pemuliharaan alam tanam pokok

SFC, Sarawak Energy perhebat pemuliharaan alam tanam pokok

Dialog pelancongan lonjak kerjasama ASEAN, Malaysia dan China

Dialog pelancongan lonjak kerjasama ASEAN, Malaysia dan China

PH tidak khianat, tikam belakang rakan – Ahmad Faez

PH tidak khianat, tikam belakang rakan – Ahmad Faez

Sarawak saran penggunaan AI bertanggungjawab bina kepercayaan digital

Sarawak saran penggunaan AI bertanggungjawab bina kepercayaan digital

Jenayah vandalisme di Sarawak semakin serius, seru peranan media didik masyarakat

Jenayah vandalisme di Sarawak semakin serius, seru peranan media didik masyarakat

Danish mahu bawa suara anak muda, tidak pinggir golongan berusia di Chembong

Danish mahu bawa suara anak muda, tidak pinggir golongan berusia di Chembong