Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

TAWAU – Seramai 23 mangsa yang terperangkap akibat banjir di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Apas, Batu 15 dan Kampung Terasing Batu 17 berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah dalam kenyataan memaklumkan, operasi pertama dilaksanakan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau di Kg Terasing kira-kira pukul 11.15 pagi.

“Terdapat seramai 11 orang mangsa yang terperangkap akibat banjir dan telah berjaya diselamatkan oleh Pasukan Bomba.

“Kesemua mangsa iaitu tujuh lelaki, dua Wakita dan dua kanak-kanak lelaki dipindahkan ke kawasan yang selamat.

“Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat dan terkawal, pasukan Bomba seterusnya bergerak ke lokasi banjir di SK Kuala Apas Balung, ” menurut JBPM Sabah pada Sabtu.

Pada operasi kedua pukul 1.20 petang, seramai 12 orang berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke rumah saudara-mara masing-masing.

“Mangsa yang dipindahkan terdiri daripada empat lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Selepas operasi menyelamat selesai, pasukan bomba meneruskan pemantauan di kawasan-kawasan yang masih terjejas banjir bagi memastikan keadaan kekal selamat dan terkawal, “ujar kenyataan sama.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan