Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia bagi memastikan aktiviti perlombongan di kawasan berkenaan terus mematuhi semua syarat teknikal, prosedur operasi standard (SOP) serta piawaian keselamatan dan alam sekitar.

Katanya, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak bersama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah diarahkan menjalankan pemeriksaan serta penilaian terperinci sebelum mengemukakan laporan kepada kerajaan negeri.

“Kita tidak pasti bila rakaman sebenar itu diambil, namun kerajaan negeri mengambil maklum perkara tersebut dan telah meminta laporan kajian disediakan.

“Saya telah mengarahkan agensi-agensi berkaitan membuat semakan bagi memastikan semua syarat yang ditetapkan masih dipatuhi sepenuhnya kerana setiap operasi kuari tertakluk kepada pelbagai syarat teknikal, keselamatan dan alam sekitar sepanjang tempoh operasinya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Hadiah Sastera Darul Ridzuan Ke-9 di Galasa Caldwell, di sini, pada Sabtu.

Menurut beliau, tindakan semakan ke atas kuari itu membuktikan kerajaan negeri mengambil serius setiap isu yang dibangkitkan masyarakat, meskipun rakaman video yang tular itu belum dapat dipastikan tarikh sebenar ia dirakam

Sebelum ini, video tular yang dirakam dari udara memaparkan keadaan sebuah bukit yang didakwa ditarah bagi tujuan perlombongan itu menerima lebih tiga juta tontonan dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial mengenai status operasi kuari berkenaan.

Mengulas lanjut, Saarani menjelaskan hasil semakan awal mendapati operasi pengkuarian itu dijalankan di atas tanah yang mempunyai lesen melombong yang telah diluluskan kerajaan negeri sejak sekian lama.

“Ia telah mendapat lesen untuk menjalankan aktiviti berkenaan daripada kerajaan sejak dahulu lagi. Dari segi perundangan, ia dijalankan mengikut undang-undang dan bukan aktiviti perlombongan haram,” katanya.

Beliau turut menjelaskan kaedah perlombongan yang digunakan di lokasi berkenaan berbeza daripada kaedah konvensional yang lazim digunakan di beberapa kawasan lain termasuk Simpang Pulai.

Katanya, teknik benching atau kaedah tetingkat digunakan bagi meningkatkan kestabilan cerun, sekali gus mengurangkan risiko keselamatan di kawasan operasi.

“Kaedah ini memang wujud dan turut digunakan di banyak negara mengikut kesesuaian bentuk muka bumi serta pelan kuari yang telah diluluskan,” katanya.

Saarani berkata, pemeriksaan oleh PTG, JMG dan JAS akan memberi tumpuan kepada aspek pematuhan terhadap kaedah perlombongan yang diluluskan, tahap keselamatan operasi serta impak terhadap alam sekitar sebelum laporan lengkap dikemukakan kepada kerajaan negeri bagi tindakan lanjut.

Foto : Pengguna Facebook

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan