Malaysia tidak akan berganjak daripada dasar larang kemasukan warga Israel

PORT DICKSON – Malaysia tidak akan berganjak daripada pendiriannya melarang kemasukan warga Israel ke negara ini walaupun menerima tekanan daripada beberapa anggota Kongres Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pendirian Malaysia bukan didorong sentimen terhadap orang Yahudi, sebaliknya kerana kekejaman dan penindasan dilakukan Israel.

“Kita tidak akan berganjak kerana isunya bukan kita menghina orang Yahudi. Kita menentang kekejaman dan penindasan Israel. Perkara itu perlu dijelaskan kerana mereka membangkitkan isu ini seolah-olah kita menentang sesuatu kaum.

“Kita bukan menentang mana-mana kaum, sebaliknya kita menentang sebuah negara yang menindas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), di sini, hari ini.

Terdahulu, lapan anggota Kongres AS dilaporkan menggesa Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, mengkaji semula hubungan keselamatan dan ekonomi dengan Malaysia serta memberikan tempoh 15 hari kepada Putrajaya untuk mengubah dasar imigresennya yang melarang kemasukan warga Israel.

Mereka turut mencadangkan pembiayaan di bawah Program Pendidikan dan Latihan Ketenteraan Antarabangsa (IMET) digantung sekiranya Malaysia enggan mengubah dasar berkenaan.

Pada masa sama, pihak ini juga mendakwa Malaysia bersikap diskriminasi terhadap warga Israel dan merujuk laporan sebuah institut penyelidikan antikeganasan Israel yang mendakwa anggota Hamas pernah menerima latihan di Malaysia.

Mengulas dakwaan itu, Anwar menyifatkannya sebagai tidak berasas serta menegaskan Malaysia telah melaksanakan larangan terhadap warga Israel sejak sekian lama dan tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan untuk mengubah dasar berkenaan.

Beliau turut menolak tanggapan bahawa isu itu akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dengan AS.

Related Posts

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

PORT DICKSON – Keputusan Kerajaan MADANI tidak mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) lebih awal atau tiga tahun lalu bagi mengelakkan krisis keyakinan yang boleh menyebabkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan menyiasat dakwaan membabitkan sebuah akaun media sosial palsu yang dipercayai memuat naik kandungan menghina Nabi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad

MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad

Rundingan tarif dengan AS diteruskan demi kepentingan Malaysia – PM

Rundingan tarif dengan AS diteruskan demi kepentingan Malaysia – PM

Malaysia tidak akan berganjak daripada dasar larang kemasukan warga Israel

Malaysia tidak akan berganjak daripada dasar larang kemasukan warga Israel

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura