AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

KUCHING – Syarikat penerbangan AirBorneo Airways (AirBorneo) melakar sejarah baharu apabila secara rasminya melancarkan laluan penerbangan antarabangsa pertama menghubungkan bandar raya ini dengan Singapura.

Pelancaran bersempena dengan kemeriahan sambutan Hari Sarawak itu disifatkan sebagai satu peristiwa penting buat syarikat berkenaan serta kerajaan negeri secara keseluruhannya.

Pengerusi AirBorneo, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, penerbangan harian terus ke Terminal 4 Lapangan Terbang Changi Singapura itu membuktikan komitmen syarikat dalam memperkukuh jaringan perhubungan.

Menurutnya, langkah proaktif tersebut amat penting bagi menyokong aspirasi pertumbuhan ekonomi jangka panjang Sarawak.

“Singapura merupakan pintu masuk serantau yang penting. Laluan baharu ini akan merancakkan lagi sektor pelancongan, perdagangan, pelaburan serta hubungan antara rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau menambah, pembukaan laluan itu juga sejajar dengan wawasan untuk memposisikan Sarawak sebagai sebuah pintu masuk yang dinamik ke rantau ini.

Terdahulu, penerbangan sulung pesawat MY363 telah berlepas dari Kuching pada jam 6.50 petang dan selamat tiba di Singapura pada jam 8.04 malam, iaitu 21 minit lebih awal daripada jadual asal.

Manakala bagi penerbangan pergi balik menerusi pesawat MY364, ia berlepas dari Singapura pada jam 9.27 malam sebelum mendarat di Kuching pada jam 10.36 malam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo, Megat Ardian Aminuddin menyifatkan pemilihan republik tersebut sebagai destinasi antarabangsa sulung mereka merupakan satu langkah strategik yang sangat tepat.

Jelas beliau, ia secara tidak langsung mencerminkan keakraban hubungan ekonomi antara Sarawak dengan salah sebuah hab penerbangan dan komersial yang paling utama di rantau ini.

“Laluan ini merupakan permulaan kepada peluasan operasi antarabangsa kami kerana rangkaian penerbangan ini akan terus dikembangkan secara strategik merentasi rantau ini,” jelasnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket penerbangan harian bagi laluan Kuching-Singapura itu kini boleh membuat tempahan menerusi laman sesawang rasmi atau aplikasi mudah alih AirBorneo.

Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related Posts

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

KUCHING – Seorang lelaki warga emas yang memiliki 20 rekod jenayah lampau tumpas selepas dicekup bersama pelbagai jenis dadah di Jalan Sultan Tengah pada malam Khamis. Ketua Polis Daerah Kuching,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperhebat usaha membanteras penyelewengan barang kawalan menerusi Operasi Bersepadu (Ops Tiris 4.0) apabila berjaya mengesan dan menyita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

Selangor diiktiraf UN Women model ‘bandar penyayang’ Asia Pasifik

Selangor diiktiraf UN Women model ‘bandar penyayang’ Asia Pasifik