Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatat pencapaian bersejarah menerusi penerbitan Sukuk Global bernilai AS$1.5 bilion apabila merekodkan spread terendah pernah dicapai bagi terbitan sukuk antarabangsa negara.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memaklumkan, penerbitan berkenaan menerima permintaan kukuh daripada pelabur dengan lebihan langganan sebanyak 4.7 kali, melibatkan jumlah permintaan melebihi AS$9.5 bilion.

Menurut MoF, sukuk tersebut terdiri daripada AS$850 juta bagi tempoh matang 5.75 tahun dan AS$650 juta bagi tempoh matang 10 tahun.

“Permintaan yang kukuh ini membolehkan kerajaan menetapkan harga akhir pada kadar paling rendah, iaitu pengurangan 30 mata asas daripada Panduan Harga Awal (IPG) kepada T+15 mata asas bagi tranche 5.75 tahun dan kepada T+25 mata asas bagi tranche 10 tahun.

“Keadaan ini sekali gus mencatatkan spread terendah pernah direkodkan bagi penerbitan sukuk global Malaysia,” katanya.

MoF berkata, kejayaan itu turut mewujudkan penanda aras harga baharu bagi penerbitan global akan datang oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta sektor swasta.

Pada masa sama, pencapaian berkenaan mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terhadap agenda pembaharuan fiskal dan ekonomi Malaysia.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pencapaian itu membuktikan pendekatan ekonomi di bawah kerangka Ekonomi MADANI terus membawa negara ke landasan yang tepat.

Beliau berkata, kerajaan telah memperkukuh kedudukan kewangan awam, memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta membina asas daya tahan ekonomi Malaysia untuk jangka panjang.

“Lebihan langganan yang tinggi bersama spread terendah ini mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terhadap prospek ekonomi negara serta dasar pembangunan yang kukuh,” katanya.

Menurut Amir Hamzah, kejayaan tersebut membuktikan agenda pembaharuan, strategi pengurusan hutang secara berhemat serta komitmen kerajaan terhadap pertumbuhan mampan terus mendapat sokongan pelabur berkualiti tinggi walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Related Posts

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

NEW DELHI – Malaysia dan Ethiopia membuka ruang lebih luas untuk kerjasama ekonomi menerusi penerokaan peluang dalam sektor produk halal, pertanian, jaminan makanan, farmaseutikal, perkhidmatan digital, tenaga boleh baharu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan