Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

KUALA PILAH – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden, tengah hari Jumaat.

Keberangkatan baginda disambut oleh barisan kepimpinan negeri, pegawai kerajaan serta ahli jawatankuasa masjid sebelum sama-sama menunaikan ibadah solat Jumaat bersama ratusan jemaah yang memenuhi ruang solat masjid berkenaan.

Baginda yang mengenakan baju Melayu berwarna oren lengkap bersamping dan bersongkok dilihat mengikuti khutbah serta menunaikan solat dalam suasana penuh khusyuk bersama para jemaah.

Usai solat Jumaat, Tuanku Muhriz berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat yang hadir termasuk bersalaman dengan para jemaah daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Suasana bertambah mesra apabila baginda turut menyantuni kanak-kanak yang hadir ke masjid dengan menghulurkan sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang terhadap golongan muda.

Keberangkatan Tuanku Muhriz ke Masjid Jamek Yamtuan Raden turut mencerminkan hubungan erat institusi diraja Negeri Sembilan dengan rakyat, selain mengimarahkan institusi masjid sebagai pusat penyatuan ummah.

Selepas kira-kira 10 minit beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada jemaah kanak-kanak, baginda berangkat meninggalkan masjid.

Keberangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan itu berlangsung dalam suasana penuh tertib, mesra dan harmoni sekali gus meninggalkan kenangan bermakna kepada para jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat bersama baginda

Related Posts

Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah

MUKAH – Usaha menyemai semangat kenegaraan serta meningkatkan tahap celik digital dalam kalangan generasi muda terus diperkasa menerusi penganjuran Program Jiwa @ Komuniti sempena bulan kebangsaan. Program yang menghimpunkan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis kesyukuran rentas agama serlah keunikan sambutan Hari Malaysia 2026

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Sarawak melakar kelainan tersendiri pada tahun ini apabila julung kalinya menyelitkan pengisian majlis kesyukuran rentas agama.   Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akmal Saleh sebak kenang pemimpin Pemuda UMNO yang telah pergi selamanya

Akmal Saleh sebak kenang pemimpin Pemuda UMNO yang telah pergi selamanya

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

Pemuda UMNO mahu bersama Pas demi penyatuan ummah, tidak pinggir kaum bukan Melayu