Selangor diiktiraf UN Women model ‘bandar penyayang’ Asia Pasifik

SHAH ALAM – Pelaksanaan dasar ekonomi penjagaan menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) meletakkan Selangor sebagai antara model ‘Caring Cities’ (Bandar Penyayang) di rantau Asia Pasifik.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, pengiktirafan yang diberikan oleh UN Women itu menunjukkan ekonomi penjagaan tidak lagi boleh dianggap sebagai sektor kebajikan semata-mata, sebaliknya mempunyai nilai ekonomi yang besar.

Menurut beliau, Selangor mengamalkan model Care Diamond (Intan Penjagaan) yang menggalakkan perkongsian tanggungjawab antara kerajaan, sektor swasta, keluarga dan komuniti dalam aspek penjagaan kanak-kanak, warga emas, individu sakit serta pengurusan rumah tangga.

“Bukan kita yang mendakwa, tetapi UN Women sendiri mengiktiraf Selangor sebagai antara contoh Bandar Penyayang di Asia Pasifik kerana melaksanakan model Care Diamond.

“Kita mengetengahkan pendekatan bahawa penjaga juga perlu dijaga dan dimartabatkan. Ekonomi penjagaan bukan lagi sekadar kerja kebajikan, tetapi sektor perkhidmatan yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya, seperti dipetik berita tempatan.

Beliau berkata, model tersebut menjadi antara faktor Selangor dijadikan rujukan di peringkat antarabangsa kerana berjaya mengimbangi pembangunan ekonomi dengan kesejahteraan masyarakat tanpa mengabaikan nilai kemanusiaan.

Anfaal berkata, pelaksanaan RS-1 turut membuka ruang kepada lebih ramai wanita kembali menyertai pasaran pekerjaan menerusi sektor penjagaan selepas terpaksa meninggalkan kerjaya bagi menjaga ahli keluarga.

“Kita perlu memecahkan tanggapan bahawa kerja menjaga hanya bersifat kebajikan. Ramai wanita mengorbankan kerjaya demi menjaga ibu bapa atau ahli keluarga sehingga mereka kehilangan pendapatan, simpanan dan perlindungan sosial.

“Melalui latihan, pentauliahan dan peningkatan kemahiran, kita mahu mereka mempunyai peluang kembali bekerja serta membina masa depan yang lebih terjamin,” katanya.

Beliau menambah, pembangunan sektor ekonomi penjagaan bukan sahaja memperkasakan golongan wanita, malah memberi impak positif kepada ekonomi negeri menerusi peningkatan penyertaan tenaga kerja dan pengiktirafan terhadap peranan penjaga dalam masyarakat.

Related Posts

Mohamad Hairul dipilih Senator Perak, raih 33 undi ADUN

IPOH – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri, 38, dipilih sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Perak selepas memperoleh 33 undi Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjaja buah, makanan Jalan Apas diarah berpindah

TAWAU – Penjaja buah-buahan dan makanan di bahu Jalan Apas diarah berpindah ke Pasar Batu 14, Jalan Apas dengan serta-merta. Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menerusi notis memaklumkan, kawasan bahu jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mohamad Hairul dipilih Senator Perak, raih 33 undi ADUN

Mohamad Hairul dipilih Senator Perak, raih 33 undi ADUN

Penjaja buah, makanan Jalan Apas diarah berpindah

  • By Fatin
  • September 10, 2026
Penjaja buah, makanan Jalan Apas diarah berpindah

56 tindakan penguatkuasaan direkodkan dalam Ops Bersepadu LPKP Sandakan

  • By Fandi
  • September 10, 2026
56 tindakan penguatkuasaan direkodkan dalam Ops Bersepadu LPKP Sandakan

23 usahawan Sabah terima Geran SME-UP RM230,000

23 usahawan Sabah terima Geran SME-UP RM230,000

Inisiatif FELDA beri kuasa kepada Pengarah Wilayah sangat tepat

Inisiatif FELDA beri kuasa kepada Pengarah Wilayah sangat tepat

Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi

Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi