PRN Negeri Sembilan: Tujuh kertas siasatan dibuka, 226 permit kempen diluluskan

SEREMBAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan telah membuka tujuh kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 setakat semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, daripada jumlah itu, dua kertas siasatan dibuka semalam membabitkan kes khianat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kehilangan atau kerosakan harta benda.

Beliau berkata, polis turut menerima dan meluluskan sebanyak 53 permohonan permit bagi penganjuran ceramah serta aktiviti kempen politik semalam, menjadikan keseluruhan permit yang diluluskan setakat ini berjumlah 226.

“Semua program dan aktiviti politik yang berlangsung dipantau oleh PDRM bagi memastikan penganjurannya mematuhi peruntukan undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Alzafny, polis akan terus memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan, pemantauan dan penguatkuasaan sepanjang tempoh berkempen bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.

Beliau menegaskan sebarang pelanggaran undang-undang akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi.

Pada masa sama, beliau menyeru orang ramai supaya terus mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi dan memberikan kerjasama kepada PDRM bagi memastikan PRN Negeri Sembilan berlangsung dalam keadaan aman, harmoni serta teratur.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian awal PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai, manakala hari pengundian dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

  • By Aden
  • September 20, 2026
Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti