Terminal 1 Seremban terima penarafan, capai piawaian Gred A

SEREMBAN – Terminal 1 Seremban kini tersenarai antara terminal bas terbaik negara selepas menerima Pengiktirafan Terminal Gred A daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penarafan itu bukan diberikan sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu memenuhi pelbagai kriteria ketat seperti aspek keselamatan, pengurusan operasi, penyelenggaraan fasiliti dan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam.

Menurut beliau, pengiktirafan itu membuktikan Terminal 1 Seremban berjaya mencapai standard pengurusan dan operasi yang ditetapkan kerajaan, selain menjadi penanda aras kepada terminal pengangkutan awam lain di negara ini.

“Penarafan Gred A menunjukkan terminal ini mencapai piawaian tinggi dari segi operasi dan perkhidmatan.

‘Terminal yang diurus dengan baik bukan sahaja memberikan keselesaan kepada pengguna, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat.

“Terminal berkenaan bukan sahaja menjadi pintu masuk utama ke bandar Seremban, malah berfungsi sebagai hab pengangkutan yang menghubungkan Negeri Sembilan dengan hampir semua destinasi utama di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Penarafan Terminal Gred A kepada Terminal 1 Seremban, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, Terminal 1 Seremban yang dilesenkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sejak 1 Ogos 2023 kini mengendalikan antara 150 hingga 180 perjalanan bas sehari membabitkan 84 pengendali bas ke pelbagai destinasi di Semenanjung Malaysia.

Menurut beliau, terminal itu menyediakan 46 platform, merangkumi 20 platform pelepasan, enam platform ketibaan dan 20 platform khusus untuk perkhidmatan BAS.MY serta bas henti-henti, selain menerima lebih 61,000 penumpang setahun.

“Sistem penggredan terminal yang diperkenalkan APAD mengklasifikasikan terminal kepada Gred A, B dan C berdasarkan tahap pematuhan terhadap piawaian ditetapkan, termasuk aspek keselamatan, kecekapan operasi, kebersihan, penyelenggaraan fasiliti, akses kepada orang kurang upaya (OKU), penyediaan maklumat perjalanan serta integrasi dengan mod pengangkutan lain.

“Antara usaha penambahbaikan yang dilaksanakan di Terminal 1 Seremban ialah penyediaan ruang menunggu lebih selesa, sistem pembelian tiket tanpa tunai, penambahbaikan kawasan menaik dan menurunkan penumpang, peningkatan tahap kebersihan serta usaha membanteras kegiatan ulat tiket bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna,” katanya.

Tambahnya, pengiktirafan itu juga mencerminkan kejayaan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan Terminal 1 serta MBS yang berjaya menaik taraf terminal lama itu sehingga mencapai standard kebangsaan

“Ini bukan soal manifesto, tetapi soal pelaksanaan. Apa yang kita harapkan ialah rakyat Negeri Sembilan dapat melihat sendiri penambahbaikan yang telah dilakukan serta pencapaian yang berjaya direalisasikan,” katanya.

Tambahnya, kekerapan perkhidmatan dan ketepatan masa menjadi fokus utama Kementerian Pengangkutan dalam usaha meningkatkan keyakinan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

“Kita mengharapkan pengangkutan awam dari segi kekerapan serta pematuhan kepada masa dapat dipertingkatkan. Pengguna mahukan perkhidmatan lebih kerap dan ‘on-time performance’ supaya masa ketibaan serta pelepasan benar-benar tepat,” katanya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit