KWKKR terus perkasa perkhidmatan kebajikan, mohon tapak baharu di Putatan

KOTA KINABALU – Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) komited memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kebajikan kepada rakyat.

Menterinya, Datuk Julita Majungki berkata, ia termasuk menyediakan infrastruktur yang kondusif bagi tujuan pemulihan dan perlindungan golongan sasar antaranya pembangunan Pusat Pemulihan Kebajikan di Putatan.

“Berhubung cadangan pembinaan Pusat Pemulihan Kebajikan di daerah Putatan, sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Kebajikan Putatan telah mengemukakan permohonan tapak baharu kepada agensi berkaitan.

“Langkah tersebut bertujuan pembangunan pusat tersebut memandangkan tapak sebelum ini adalah tidak sesuai kerana memerlukan kos penimbusan tanah yang tinggi,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya Ahmad Shah, pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17, di sini pada Khamis.

Menjawab soalan tambahan mengenai pelan tindakan interim bagi membantu golongan bersasar di kawasan DUN Tanjung Keramat yang masih belum mempunyai fasiliti berkaitan, Julita berkata, pembinaan pusat berkenaan masih belum dapat diteruskan.

Bagaimanapun, katanya, kementerian melalui jabatan berkaitan tetap melaksanakan pelbagai program berterusan bagi membantu rakyat.

“Tetapi untuk hal ehwal interim seperti program-program, memang kementerian menerusi jabatan mempunyai program-program berterusan untuk membantu rakyat.

“Jadi kalau ada yang spesifik, bolehlah datang berkonsultasi dengan kementerian,” katanya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit