Usaha Anwar pulihkan keyakinan dunia tidak wajar digugat politik tidak stabil

SEREMBAN – Usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulihkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia tidak wajar digugat dengan percaturan politik yang boleh menjejaskan kestabilan negara, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad.

Beliau berkata, kestabilan politik merupakan faktor utama dalam menarik keyakinan pelabur dan rakan dagang antarabangsa, justeru sebarang usaha mewujudkan ketidakstabilan hanya akan memberi kesan negatif kepada ekonomi serta imej negara.

Menurutnya, antara sebab Anwar kerap mengadakan lawatan rasmi ke luar negara adalah untuk meyakinkan pemimpin dunia dan pelabur bahawa Malaysia kini mempunyai sebuah kerajaan yang stabil serta mampu melaksanakan dasar secara konsisten.

“Anwar terpaksa kerap ke luar negara bagi meyakinkan dunia bahawa politik Malaysia kini stabil dan kerajaan mempunyai sokongan yang kukuh. Apabila keyakinan itu kembali, pelaburan turut meningkat, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

“Namun, ada pihak yang masih tidak menghargai hakikat bahawa kestabilan politik amat penting untuk mendapatkan keyakinan dunia terhadap Malaysia,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) di sini, pada Rabu.

Khalid berpandangan bahawa Pas tidak menunjukkan kredibiliti sebagai sebuah parti yang bersedia menjadi kerajaan kerana didakwa mengutamakan percaturan politik berbanding kestabilan negara.

Beliau berkata, tindakan yang didakwa cuba menjatuhkan kerajaan melalui manuver politik selepas pilihan raya hanya mewujudkan suasana tidak menentu yang boleh menjejaskan keyakinan pelabur.

“Kita sepatutnya menerima keputusan pilihan raya. Kerajaan yang diberi mandat perlu diberi ruang untuk mentadbir, manakala pembangkang memainkan peranan sebagai semak dan imbang yang membina.

“Apabila tiba pilihan raya berikutnya, rakyat akan membuat penilaian. Bukannya setiap dua atau tiga tahun timbul usaha menjatuhkan kerajaan melalui percaturan politik kerana ia hanya merosakkan imej negara,” katanya.

Mengulas keadaan geopolitik semasa, Khalid berkata, semua pihak sepatutnya berganding bahu memperkukuh kestabilan negara, lebih-lebih lagi ketika dunia berdepan pelbagai cabaran termasuk konflik di Timur Tengah.

“Ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik, kita seharusnya membantu memperkukuh keyakinan terhadap negara, bukannya mewujudkan suasana yang boleh menggugat usaha menarik pelaburan dan membangunkan ekonomi,” katanya.

Related Posts

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

PENGAMPUNAN bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak disifatkan memberi ‘bola tanggung’ kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

KENYATAAN Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyerahkan kepada ahli parti itu sama ada mahu menyumbang kepada tabung bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan