Aktiviti seni medium terbaik satukan masyarakat luar bandar Mukah

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine meluangkan masa menyantuni penduduk setempat pada Program Tanggungjawab Sosial (CSR) Seni Untuk Semua Warna Komuniti sempena Hari Sarawak di Kampung Petanak pada Rabu.

Royston berkata, beliau amat menyokong penganjuran inisiatif seumpama itu yang mengangkat seni dan kreativiti sebagai medium terbaik bagi menyatukan masyarakat luar bandar.

Katanya, program berkenaan turut menyuburkan semangat kesukarelawanan serta kerjasama erat dalam kalangan komuniti setempat sempena hari bersejarah bagi Bumi Kenyalang.

“Kita berharap inisiatif murni seperti ini akan terus konsisten menjadi platform utama untuk memupuk semangat perpaduan yang jitu dalam kalangan penduduk.

“Malah, ia adalah ruang terbaik untuk mencungkil bakat baharu selain mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain,” katanya.

Beliau hadir bersama isteri sejurus selesai menghadiri acara rasmi Sambutan Hari Sarawak Ke-63 Peringkat Daerah Mukah itu menjadi simbolik sokongan padu terhadap pemerkasaan seni komuniti.

Program berimpak sosial yang berlangsung serentak di Balai Raya Kampung Petanak dan Dewan Laila Taib, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Petanak itu berjaya menghimpunkan penduduk menerusi pelbagai aktiviti kreatif.

Tambah, pendekatan seni komuniti tersebut adalah selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk membawa seluruh rakyat bergerak seiringan ke arah merealisasikan agenda Sarawak Maju Makmur.

Related Posts

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menasihati rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles