FCoEE peruntuk RM370,000 biayai penyelidikan asnaf


KANGAR – Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM370,000 bagi membiayai penyelidikan berkaitan pembangunan golongan asnaf menerusi geran penyelidikan Fasa Tiga tahun ini.

Pengerusi Eksekutif FCoEE MAIPs, Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, peruntukan itu melibatkan tiga kategori geran bagi membina pangkalan data serta menghasilkan penyelesaian berasaskan bukti.

“Geran tersebut terdiri daripada Geran Jangka Pendek bernilai RM7,000, Geran Khas RM10,000 dan Geran Sepadan RM10,000 bagi setiap penyelidikan.

“Setiap ringgit yang dilaburkan dalam penyelidikan diyakini mampu memberikan pulangan lebih besar dalam bentuk dasar yang tepat, intervensi berkesan dan impak sosial menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pra-Pelancaran Pusat Penyelidikan Asnaf Malaysia FCoEE MAIPs, Peluncuran Buku dan Penganugerahan Geran Penyelidikan FCoEE Fasa Tiga Tahun 2026 di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dengan turut dihadiri Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menurut Kamarudin, FCoEE sebelum ini memperuntukkan RM105,000 bagi geran penyelidikan Fasa Satu dan RM252,000 untuk Fasa Dua dengan setiap geran bernilai RM7,000.

Katanya, penyelidikan menerusi dua fasa berkenaan menghasilkan 16 pendaftaran harta intelek, empat prosiding persidangan, lima buku berkaitan asnaf serta 105 penerbitan dalam jurnal, bab buku, akhbar dan majalah.

Beliau berkata, Pusat Penyelidikan Asnaf Malaysia itu akan berfungsi sebagai pusat pemikiran, rujukan dasar dan inovasi sosial dengan menghimpunkan penyelidik, institusi zakat, universiti, kerajaan, industri serta komuniti.

“FCoEE turut membangunkan Dashboard Data Analitik Asnaf menggunakan teknologi kecerdasan buatan bagi mengenal pasti keperluan sebenar asnaf dan mengukur keberkesanan program supaya keputusan dibuat berdasarkan bukti, bukannya andaian,” katanya.

Related Posts

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah digugurkan daripada jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis berkuat kuasa 3 September lalu. Jawatan tertinggi Bersatu negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

KOTA KINABALU – Bekalan simen di Sabah yang mengalami gangguan ketika ini dijangka pulih sepenuhnya menjelang pertengahan September susulan kilang Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) di Teluk Sepangar kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

  • By Ezmie
  • September 5, 2026
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September