Abd Latif tekad jadikan Gemencheh hab sukan, cungkil bakat belia

TAMPIN – Menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh sebagai hab sukan dalam mencungkil bakat anak muda merupakan antara keutamaan ditawarkan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Abd Latif A Tambi jika diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata, golongan belia di kawasan terbabit terdiri daripada mereka yang cemerlang dalam bidang sukan seperti kriket, hoki, bola tampar dan golf.

Pada masa sama, Abd Latif juga mahu mewujudkan pusat rekreasi untuk tujuan riadah, selain memastikan kemudahan internet yang pantas dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan buat pengundi di DUN Gemencheh.

“Itu semua kita mahu gabungan dan kita akan menaik taraf atau menambah baik pelbagai perkara terbabit supaya anak muda ini mendapat apa yang mereka kehendaki di DUN Gemencheh.

“DUN Gemencheh ini dari segi kesukanan, ramai yang cemerlang. Anak muda dan pelajar ramai mewakili sekolah ke peringkat negeri dan ada ke peringkat nasional (seperti) dalam kriket dan hoki,” katanya katanya ketika ditemui di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Rokan, pada Rabu.

Mengulas faktor calon paling berumur, Abd Latif, 70, berkata, pengalaman lama beliau dalam gelanggang politik menjadi bekalan dan teras untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Menurut beliau, pihaknya tekad untuk memberikan yang terbaik dan bekerja keras memastikan PH mampu merampas kerusi DUN Gemencheh daripada Barisan Nasional (BN)

“Pada saya, asalkan kita boleh berkhidmat kepada rakyat, umur kekal sebagai angka tetapi pengalaman dan hubungan saya bersama kepemimpinan, baik di peringkat nasional mahu pun negeri.

“Sebenarnya, lebih mudah untuk melaksanakan sesuatu dan mendapatkan bantuan atas kekuatan hubungan ini. Saya akan bekerja keras sebaik mungkin dan selebihnya saya serahkan kepada Allah,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63