Bekas tentera berdepan penjara 14 tahun, enam sebatan

KANGAR – Seorang bekas tentera berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang enam sebatan selepas didakwa memiliki senjata api serta peluru secara haram.

Suhaimi Che Din, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd. Nor di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Bagi pertuduhan paling berat, tertuduh didakwa memiliki sepucuk senapang jenis CZ 457 Premium .22R bersama satu kelopak peluru yang mengandungi dua butir peluru berkaliber sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kebun di Kampung Wang Pisang, tepi Taman Beseri Jaya dekat sini pada pukul 12.45 tengah malam, 5 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Pada tarikh, masa dan lokasi sama, Suhaimi turut didakwa memiliki empat laras senapang angin iaitu UMAREX Gauntlet 2 berkaliber .22 atau 5.6 milimeter (mm), Model X-1 berkaliber .22, Greyhound T-Rex Bullpup berkaliber .22 dan Sharp Tiger berkaliber .177 atau 4.5mm.

Dia juga didakwa memiliki 21 butir peluru jenis 12 bore buckshot berkaliber 12 serta 300 butir peluru .22 Rimfire Long Rifle.

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa memiliki sepucuk senapang angin jenis Greyhound AP900 berkaliber .177 atau 4.5mm, sepucuk senapang angin buatan sendiri berkaliber .22 atau 5.6mm serta dua laras senapang angin buatan sendiri, termasuk satu yang mempunyai tulisan ‘SPARK’.

Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam pertuduhan berasingan, Suhaimi didakwa memiliki secara haram dua kotak peluru berkaliber .22 yang masing-masing mengandungi 50 butir peluru, satu kotak peluru berkaliber sama mengandungi 48 butir serta satu kotak lutsinar berisi 39 butir peluru 9mm Ball 50 Rounds.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pangsapuri di Kangar pada pukul 5.30 pagi, 5 Julai lalu mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana pertuduhan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Empat pertuduhan di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen dibacakan di Mahkamah Majistret berikutan hakim Mahkamah Sesyen bercuti dan akan dipindahkan semula ke mahkamah berkenaan untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Suzila Chek Pi, manakala tertuduh diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan.

Mahkamah menetapkan 20 Ogos depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Related Posts

Bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy terdampar di Pantai Kurung Tengar

KUALA PERLIS – Bangkai seekor ikan lumba-lumba Irrawaddy atau lebih dikenali sebagai empesut ditemukan terdampar di Pantai Kurung Tengar, di sini semalam. Mamalia marin seberat kira-kira 120 kilogram dan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

ALOR SETAR – Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya susulan mesej tular mengenai cubaan beberapa bot…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengalaman misi kemanusiaan jadi bekalan Danish dekati rakyat Chembong

Pengalaman misi kemanusiaan jadi bekalan Danish dekati rakyat Chembong

Kerajaan MADANI salur RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi

Kerajaan MADANI salur RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi

Bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy terdampar di Pantai Kurung Tengar

Bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy terdampar di Pantai Kurung Tengar

‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

Manifesto PH seimbang, utamakan kebajikan M40, B40 – Aminuddin

Manifesto PH seimbang, utamakan kebajikan M40, B40 – Aminuddin

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih