101 pelajar asrama sekolah agama terselamat dari kebakaran

KULIM – Seramai 101 pelajar lelaki Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah di Jalan Pegawai di sini berjaya menyelamatkan diri apabila asrama dua tingkat yang didiami mereka terbakar dalam kejadian awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, semua pelajar dilaporkan sempat keluar dari bangunan dan berkumpul di kawasan selamat sebelum ketibaan pasukan bomba, sekali gus mengelakkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan.

Komander operasi, Penolong Penguasa Bomba Abdul Mois Ahmad Mansur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 2.47 pagi.

“Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim dengan bantuan sebuah lagi FRT dari BBP Kulim Hi-Tech digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan asrama lelaki dua tingkat. Kebakaran telah memusnahkan kira-kira 65 peratus struktur di tingkat atas bangunan, namun tiada mangsa terlibat kerana semua pelajar berjaya keluar lebih awal,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi pemadaman melibatkan seramai 12 anggota bomba dengan bantuan tujuh anggota Pasukan Bomba Sukarela Kulim dan Lunas serta dua anggota Polis Diraja Malaysia.

Katanya, bomba menggunakan empat aliran sepanjang kira-kira 61 meter dengan empat pancutan, manakala sumber air diperoleh daripada tangki jentera serta sebuah lori tangki PBS.

Related Posts

Bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy terdampar di Pantai Kurung Tengar

KUALA PERLIS – Bangkai seekor ikan lumba-lumba Irrawaddy atau lebih dikenali sebagai empesut ditemukan terdampar di Pantai Kurung Tengar, di sini semalam. Mamalia marin seberat kira-kira 120 kilogram dan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

ALOR SETAR – Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya susulan mesej tular mengenai cubaan beberapa bot…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengalaman misi kemanusiaan jadi bekalan Danish dekati rakyat Chembong

Pengalaman misi kemanusiaan jadi bekalan Danish dekati rakyat Chembong

Kerajaan MADANI salur RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi

Kerajaan MADANI salur RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi

Bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy terdampar di Pantai Kurung Tengar

Bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy terdampar di Pantai Kurung Tengar

‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

Manifesto PH seimbang, utamakan kebajikan M40, B40 – Aminuddin

Manifesto PH seimbang, utamakan kebajikan M40, B40 – Aminuddin

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih