UMNO Gemas beri amaran tutup PDM, bantah calon Parti Wawasan

GEMAS – Kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan terus menerima tentangan di peringkat akar umbi apabila Setiausaha UMNO Cawangan Gemas, Mustafa Ramli, secara terbuka membantah pencalonan Ridzuan Ahmad sebagai calon Parti Wawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menerusi video yang tular di media sosial itu, Mustafa mempersoalkan kewajaran ahli UMNO diminta memberi sokongan kepada Ridzuan yang disifatkan pernah meninggalkan parti sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kita tahu Perikatan Nasional (PN) ada perjanjian dengan kita. Kita tak kisah dan boleh bekerjasama dengan parti Wawasan, tapi takkan kita nak sokong Yang Berhormat Bersatu yang ada sekarang ini?

“Dia lari dari tempat kita dan dia (Ridzuan) dahulu UMNO. Kemudian dia khianati kita pada Pilihan Raya yang lepas. Takkan masih mahu menyokong dia?

“Tidak kisah untuk bekerjasama, tetapi asalkan bukan dia yang menjadi calon. Apakah perasaan jentera dan akar umbi yang membuat kerja?,” katanya.

Pada 11 Julai lalu, Ridzuan mengumumkan keluar daripada Bersatu sebelum menyertai Parti Wawasan untuk bertanding pada PRN Negeri Sembilan kali ini.

Beliau sebelum ini merupakan bekas pemimpin UMNO sebelum menyertai Bersatu.

Ridzuan kemudian dilantik sebagai Ketua Bahagian Bersatu Tampin dan memenangi kerusi DUN Gemas pada PRN Negeri Sembilan 2023.

Dalam rakaman sama, Mustafa turut mendakwa tidak teragak-agak untuk menutup Pusat Daerah Mengundi (PDM) sekiranya ahli UMNO diarah untuk menyokong calon berkenaan.

Beliau berkata, tindakan itu dikatakan sebagai tanda protes terhadap keputusan kepimpinan yang meletakkan calon daripada Parti Wawasan di kerusi berkenaan menerusi kerjasama PN-BN.

“Apa yang dia buat? Dia datang hujung minggu sahaja. Belanja durian, takkan kerana durian dengan beras percuma sahaja kita nak berikan sokongan kepada dia?”, katanya.

Mustafa turut menegaskan ahli UMNO di peringkat cawangan tetap berpegang kepada prinsip perjuangan parti dan sukar menerima calon yang pernah meninggalkan UMNO sebelum ini.

Rakaman video berkenaan tular di media sosial baru-baru ini, namun setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada kepimpinan BN, PN atau Parti Wawasan berhubung dakwaan yang dibangkitkan.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit