PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) menggariskan 10 komitmen utama dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang memberi tumpuan kepada agenda berteraskan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan pembangunan inklusif bagi meneruskan hala tuju Negeri Sembilan Maju 2045.

Manifesto bertemakan ‘Kekal Harapan’ dengan menawarkan pelbagai inisiatif yang disifatkan mampu meningkatkan taraf hidup rakyat, di samping memperkukuh kedudukan Negeri Sembilan sebagai antara negeri pemacu ekonomi negara.

Antara komitmen utama yang diketengahkan ialah memperkasa Skim Sejahtera Rakyat (SSR) dengan penambahbaikan pelbagai bantuan meliputi pendidikan, keluarga, warga emas dan kesihatan bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

Dari sudut ekonomi, PH berjanji mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan berkualiti dan bergaji tinggi menerusi pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 serta memperluaskan industri berteknologi tinggi seperti semikonduktor, aeroangkasa, pusat data, logistik dan teknologi hijau.

Bagi sektor perumahan pula, PH beriltizam membina 20,000 unit rumah mampu milik di samping meneruskan penyelesaian isu tanah, geran dan hak milik bagi memastikan lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri.

Manifesto itu juga memberi penekanan kepada pendidikan berkualiti termasuk menambah baik Biasiswa Anak Negeri, memperluaskan pendidikan TVET, menyediakan pendidikan percuma di Kolej Yayasan Negeri Sembilan serta melaksanakan program literasi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Pada masa sama, PH turut menjanjikan pelaksanaan beberapa projek berimpak tinggi bersama Kerajaan Persekutuan, antaranya Pelabuhan Antarabangsa Port Dickson, Hospital Bandar Enstek, Seremban Sentral, penambahan kekerapan komuter Seremban-Kuala Lumpur serta Landasan Bypass Senawang-Port Klang bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negeri

Sementara itu, manifesto berkenaan turut menggariskan komitmen memperkasa belia, wanita dan institusi keluarga, memodenkan sektor pertanian melalui Pelan Pertanian Pintar Negeri Sembilan, serta merancakkan sektor pelancongan dan warisan termasuk memperkukuh Adat Perpatih dan pembangunan FELDA.

Dalam aspek keluarga dan kebajikan, PH berjanji akan memperkasa Skim Sejahtera Rakyat (SSR) dengan bantuan RM500 kepada belia yang berkahwin kali pertama, RM200 setahun kepada ibu tunggal berpendapatan bawah RM4,000, RM200 setahun kepada warga emas berusia 65 hingga 69 tahun dan RM300 setahun kepada mereka berusia 70 tahun ke atas.

Manifesto itu juga memberi tumpuan kepada pendidikan menerusi penambahbaikan Biasiswa Anak Negeri dan Bantuan Anak Sekolah, termasuk bantuan RM770 setahun kepada pelajar sekolah, biasiswa RM700, caruman SSPN RM200 kepada bayi baharu lahir, bantuan pelajar IPT antara RM500 hingga RM1,500 mengikut peringkat pengajian, Bantuan Sara Hidup IPTA RM2,400 setahun, ganjaran RM5,000 kepada graduan kelas pertama serta bantuan komputer riba kepada pelajar yang layak.

Bagi sektor kesihatan, PH menawarkan Bantuan Pesakit Kanser sebanyak RM1,000, bantuan pembedahan tapak fistula untuk pesakit dialisis sehingga RM3,000 serta menanggung sepenuhnya bantuan pembelian peralatan ortopedik.

Manifesto itu turut menggariskan pelaksanaan Program Kepimpinan Belia (Upaya@N9), pemerkasaan wanita menerusi WADANI serta penubuhan Tabung Usahawan Belia (TUB).

Komitmen terakhir memberi fokus kepada perpaduan, keharmonian dan pembangunan inklusif dengan memperkukuh syiar Islam, meneruskan Dana Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI), memperkasakan Kampung Baru serta memastikan pembangunan dinikmati secara adil oleh semua lapisan masyarakat.

Manifesto berkenaan menjadi tawaran rasmi PH kepada pengundi menjelang hari pengundian PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan.

Related Posts

Negeri Sembilan perlukan kesinambungan demi pertumbuhan ekonomi – Jufitri

SEREMBAN – Lebihan hasil yang direkodkan kerajaan Negeri Sembilan selama empat tahun berturut-turut akan terus dipulangkan kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif, sekiranya Pakatan Harapan (PH) diberi mandat sekali lagi mentadbir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenny tolak tuduhan kecewa tidak dicalon, ikrar bantu jentera PH di DUN Chuah

PORT DICKSON – Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Port Dickson, Datuk Kenny Chiew Chi Kin menyangkal dakwaan kononnya tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan selepas tidak dipilih sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi bersepadu tahan 12 kontena ayam sejuk beku di Pelabuhan Sepanggar

Operasi bersepadu tahan 12 kontena ayam sejuk beku di Pelabuhan Sepanggar

Negeri Sembilan perlukan kesinambungan demi pertumbuhan ekonomi – Jufitri

Negeri Sembilan perlukan kesinambungan demi pertumbuhan ekonomi – Jufitri

Tidak wajar isu Orang Asli Sungai Cot jadi bahan politik

Tidak wajar isu Orang Asli Sungai Cot jadi bahan politik

Kenny tolak tuduhan kecewa tidak dicalon, ikrar bantu jentera PH di DUN Chuah

Kenny tolak tuduhan kecewa tidak dicalon, ikrar bantu jentera PH di DUN Chuah

Lelaki ceroboh landasan punca gangguan sementara LRT3 Shah Alam

Lelaki ceroboh landasan punca gangguan sementara LRT3 Shah Alam

Tujuh nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan Tanjung Kidurong

Tujuh nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan Tanjung Kidurong