Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) tidak tampil pada pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan janji kosong, namun berbekalkan rekod pentadbiran sepanjang lapan tahun menerajui kerajaan negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan PH telah membuktikan keupayaannya mengurus negeri dengan memperkasa kedudukan kewangan, menarik pelaburan strategik bernilai berbilion ringgit, memperluaskan bantuan kebajikan serta memperkasakan pendidikan, TVET dan pembangunan modal insan.

Beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri  (DUN) Linggi memaklumkan, pencapaian itu bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil pentadbiran yang mengutamakan amanah, kestabilan dan kepentingan rakyat berbanding percaturan politik.

“Rakyat Negeri Sembilan kini lebih matang dan mahukan sebuah kerajaan yang mampu menunaikan amanah serta membawa pembangunan yang boleh dirasai, bukannya sekadar membuat janji politik.

“Rakyat tidak mahu politik yang memecah-belahkan. Rakyat mahukan politik yang menyatukan. Rakyat tidak mahu pemimpin yang hanya pandai berjanji. Rakyat mahukan pemimpin yang mampu menunaikan amanah,”katanya ketika melancarkan Manifesto PH Negeri Sembilan, pada Isnin.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, PRN bukan sekadar menentukan parti yang membentuk kerajaan, sebaliknya menjadi penentu hala tuju negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Oleh itu, menurut beliau, rakyat perlu membuat pilihan sama ada mahu meneruskan pentadbiran yang stabil, berintegriti dan mempunyai perancangan jelas atau kembali kepada politik yang tidak menentu.

“Pakatan Harapan (PH) tidak tampil pada PRN kali ini dengan janji kosong, sebaliknya berbekalkan rekod pentadbiran sepanjang lapan tahun menerajui kerajaan negeri. Pilihan raya ini bukan sekadar tentang siapa yang membentuk kerajaan.

“Pilihan raya ini ialah pilihan tentang arah tuju Negeri Sembilan. Sama ada kita mahu terus bergerak ke hadapan dengan sebuah kerajaan yang stabil, berprinsip dan diyakini. Atau kita kembali kepada sebuah politik yang sentiasa berubah mengikut percaturan kuasa,” katanya

Tambahnya, manifesto PH yang dibawa pada PRN kali ini berteraskan visi jangka panjang untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai Central Corridor Pembangunan Harapan Malaysia,

“Ini sekali gus muncul sebagai pusat pertumbuhan baharu negara yang mampu menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Kestabilan politik merupakan asas penting bagi memastikan segala perancangan pembangunan dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan masa depan Negeri Sembilan,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO