Anwar yakin pentadbiran Aminuddin wajar diteruskan, rayu sokongan pengundi Negeri Sembilan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Negeri Sembilan agar terus memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi membolehkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan.

Menurut Pengerusi PH itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan sejak 2018, namun masih banyak perancangan yang memerlukan mandat baharu untuk direalisasikan demi kesejahteraan rakyat.

“Mandat yang lebih kukuh kepada PH penting bagi memastikan pentadbiran negeri kekal stabil, bersih dan berintegriti.

“Saya dengan penuh rendah diri memohon pertimbangan dan kepercayaan rakyat Negeri Sembilan untuk memberikan mandat yang lebih kukuh kepada HARAPAN,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar turut menitipkan doa agar semua calon PH diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kemenangan pada pilihan raya berkenaan.

Beliau pada masa sama mengingatkan kepentingan saling membantu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan sebagaimana yang dianjurkan dalam Surah al-Ma’idah ayat 2.

Dalam perkembangan berkaitan, SPR memaklumkan seramai 103 calon akan berentap di 36 kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan selepas proses penamaan calon selesai.

PH bertanding di semua kerusi, manakala BN mempertaruhkan 25 calon, Bersatu 24 calon dan PN 11 calon. BERJASA, ASLI dan PSM masing-masing meletakkan seorang calon, selain penyertaan empat calon Bebas.

PRN Negeri Sembilan akan berlangsung pada 1 Ogos, manakala pengundian awal dijadualkan pada 28 Julai.

Related Posts

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PERKEMBANGAN terkini dalam Perikatan Nasional (PN), khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menimbulkan persoalan besar yang perlu dijawab oleh Pas, iaitu sama ada parti itu benar-benar berkeupayaan memimpin sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Petaling Jaya kini secara rasmi kosong selepas penyandangnya, Lee Chean Chung, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat berkuat kuasa Jumaat lalu. Timbalan Yang di-Pertua Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan