Hala tuju Pakatan Harapan jelas, tidak berpolitik ‘flip-flop’ – Nor Azman

SEREMBAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat Nor Azman Mohamad menyifatkan, hala tuju gabungan itu jelas dalam menjalinkan kerjasama politik tanpa berselindung atau didorong kepentingan tertentu.

Beliau berkata, PH sentiasa berpendirian bahawa sesuatu kerjasama perlu dilakukan secara terbuka dan konsisten, manakala persaingan politik juga perlu berlangsung dengan jelas demi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Pada saya, dalam politik ini, kalau berkawan, kita berkawan dengan jelas. Kalau berlawan, kita berlawan dengan jelas. Rakyat mahukan pendirian yang jelas, bukannya berubah-ubah mengikut keadaan.

“Apabila berlaku sikap ‘flip-flop’, ia memperlihatkan budaya politik yang tidak sihat,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) ketika sesi walkabout bersama pengundi di Rumah Rakyat Sikamat 2 di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin UMNO yang menyifatkan hubungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sekadar persefahaman, bukannya satu perjanjian.

Pada Sabtu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai penyelarasan strategi pilihan raya dan bukannya satu perjanjian politik.

Beliau berkata, persefahaman itu diwujudkan bagi memaksimumkan peluang kedua-dua gabungan untuk merampas semula pentadbiran Negeri Sembilan, tanpa melibatkan sebarang ikatan atau perjanjian rasmi antara mereka.

Mengulas lanjut, Nor Azman berkata, PH tidak mempunyai rekod mengkhianati kerajaan yang dibentuk bersama rakan gabungan, sebaliknya mendakwa gabungan itu beberapa kali menjadi mangsa pengkhianatan politik.

“Bagi saya, PH jelas. Apabila kita berkawan, kita berkawan dengan bersungguh-sungguh. Sebab itu rakyat boleh menilai sendiri siapa yang konsisten dan siapa yang sering berubah pendirian,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA