Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan supaya tidak bekerja sambil lewa atau berasa selesa dengan pencapaian yang telah diperoleh kerajaan pada ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi baik yang dicapai tidak seharusnya menjadi alasan untuk mengurangkan usaha.

“Sebaliknya pelaksanaan dasar dan program kerajaan perlu dipercepat serta dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Jangan kita rasa selesa dengan pencapaian yang ada. Kita mesti bekerja dengan lebih pantas, lebih berkesan dan jangan sambil lewa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertemuan bersama warga Kementerian Perladangan dan Komoditi, pada Selasa yang turut dihadiri Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Sementara itu, Anwar berkata, penjawat awam juga perlu sentiasa peka terhadap masalah yang dihadapi rakyat, khususnya golongan akar umbi seperti pekebun kecil dan pengusaha sektor komoditi.

Menurutnya, setiap aduan dan permasalahan yang dibangkitkan rakyat perlu didengar serta diberi perhatian supaya dasar kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan sasaran.

“Usaha meningkatkan keberkesanan penyampaian kerajaan perlu diteruskan bagi memastikan setiap peruntukan dan inisiatif yang dilaksanakan memberi impak maksimum kepada rakyat.

“Yang penting ialah kita dengar keluhan di bawah, kita lihat apa masalah mereka dan kita cari jalan untuk selesaikan.

“Budaya kerja yang menekankan kecemerlangan, kecekapan dan keprihatinan terhadap rakyat penting bagi memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Related Posts

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

LATAR pendidikan undang-undang, pengalaman kepimpinan mahasiswa dan pencapaian dalam pertandingan pidato antarabangsa menjadi kelebihan calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

CALON muda yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin perlu diberi ruang untuk membuktikan kemampuan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA