SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

KUCHING – Majlis Kebajikan Sosial Sarawak (SWCS) merayu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) agar menyemak semula kelayakan kenderaan institusi kebajikan di bawah program subsidi bahan api BUDI MADANI.

Presiden SWCS, Datin Seri Dona Drury Wee berkata, inisiatif ini memfokuskan penggunaan van bertingkap untuk tujuan menyampaikan bantuan makanan serta barangan asas terus kepada komuniti yang memerlukan.

“Ketiadaan subsidi memberikan beban kewangan yang besar memandangkan organisasi sebegini beroperasi tanpa sumber pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada sumbangan orang awam.

“Kami percaya perlu ada cara praktikal untuk membezakan kenderaan yang digunakan untuk aktiviti kebajikan sebenar daripada kenderaan bagi tujuan komersial,” katanya.

Dona menjelaskan, harga bahan api bukan subsidi memberi impak ketara kerana diesel kini berharga RM4.67 seliter berbanding kadar subsidi RM2.10, manakala RON95 berharga RM3.77 seliter berbanding harga subsidi RM1.99.

Perbezaan tersebut menyebabkan sesetengah persatuan terpaksa menanggung perbelanjaan tambahan mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan sehingga mengurangkan dana sebenar untuk pembelian bantuan perubatan dan keperluan asasi.

Sebagai penyelesaian, ujar beliau lagi, pihaknya sedia menyokong mekanisme pengesahan yang telus dengan mengemukakan bukti aktiviti, senarai pendaftaran kenderaan serta rekod penggunaan bahan api kepada pihak kerajaan.

“Satu penyelesaian yang adil dan praktikal berhubung perkara ini amat diharapkan untuk mengelakkan beban peningkatan kos daripada terus menyusutkan sumber dana bantuan bagi kegunaan masyarakat yang memerlukan,” jelas beliau.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM