Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

LUMUT – Tindakan sebuah vesel pukat tunda Kelas C menggunakan mata pukat berukuran kurang daripada 38 milimeter membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pulau Nipis, Perak, Ahad lalu.

Vesel berkenaan ditahan kira-kira jam 2 petang selepas dikesan menjalankan aktiviti perikanan pada kedudukan kira-kira 6.7 batu nautika tenggara Pulau Nipis ketika aset Maritim Malaysia menjalankan rondaan menerusi Op SAYONG, Op KHAS TANJUNG 2 dan Op TIRIS.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan seorang tekong bersama seorang kru warga Malaysia serta tiga kru warga Myanmar berusia antara 39 hingga 67 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati vesel terbabit dipercayai melanggar beberapa syarat sah lesen perikanan dan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah menjalankan aktiviti perikanan kurang daripada 15 batu nautika dari pantai, menggunakan kru asing tanpa kebenaran serta menggunakan pukat yang mempunyai saiz mata kurang daripada 38 milimeter,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pemeriksaan turut menemukan kira-kira 200 kilogram ikan campur selain peralatan menangkap ikan berupa pukat tunda yang digunakan vesel berkenaan.

Dalam operasi sama, tiga kru warga Myanmar turut ditahan untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki berada di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah selain tidak memiliki permit kerja.

Kesemua nelayan terbabit ditahan bagi membantu siasatan, manakala vesel, hasil tangkapan serta peralatan menangkap ikan dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan setiap aktiviti perikanan di perairan negara mematuhi undang-undang serta syarat lesen yang ditetapkan.

Tindakan tegas itu penting bagi memastikan sumber perikanan negara terus dilindungi selain membanteras aktiviti penangkapan ikan yang boleh menjejaskan kelestarian ekosistem marin.

Foto: APMM

Related Posts

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

KUCHING – Majlis Kebajikan Sosial Sarawak (SWCS) merayu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) agar menyemak semula kelayakan kenderaan institusi kebajikan di bawah program subsidi bahan api…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

ANGKA RM454 juta yang dicatatkan Terengganu bagi tahun 2025 sememangnya satu pencapaian yang wajar diiktiraf. Ia dilaporkan sebagai kutipan hasil negeri tertinggi dalam tempoh 10 tahun tanpa mengambil kira pemberian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026