Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

KERJASAMA politik antara parti di Malaysia wajar diberikan lebih fleksibiliti selepas pilihan raya bagi membolehkan pembentukan kerajaan dibuat berdasarkan keputusan mandat rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin Ahmad.

Beliau berkata, kerjasama politik tidak semestinya perlu terikat kepada bentuk gabungan yang sama di peringkat Persekutuan dan negeri, sebaliknya parti-parti boleh membentuk kerjasama berbeza mengikut keperluan serta keadaan politik di sesebuah negeri.

Katanya, pendekatan itu pernah dibayangkan sebelum ini sebagai satu bentuk kerjasama politik yang lebih unik dan berpotensi mewujudkan suasana politik yang harmoni, selain memberi tumpuan kepada penambahbaikan dasar serta pembangunan yang lebih bermakna.

“Saya masih percaya ia boleh dilakukan. Cuma mungkin perlu ada penyesuaian dasar bagi menjadikannya lebih teratur.

“Kita sudah ada pelbagai parti (multi-party). Malah calon bebas pun ada yang boleh menang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Amin berkata Malaysia juga mempunyai pengalaman membentuk kerjasama politik antara parti, yang menurutnya boleh dijadikan asas walaupun terdapat pihak menganggap beberapa bentuk kerjasama sebelum ini kurang berjaya.

Beliau berpandangan antara kelemahan sistem sedia ada ialah kerjasama politik lazimnya dibentuk sebelum pilihan raya, sekali gus menyebabkan ruang untuk membentuk pilihan kerjasama selepas keputusan pilihan raya menjadi lebih terhad.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu masih boleh diterima sekiranya kerjasama politik dilaksanakan secara rasmi menerusi entiti berdaftar seperti PH dan Barisan Nasional (BN), yang mempunyai struktur serta mekanisme pentadbiran termasuk mesyuarat agung.

“Sekiranya kerajaan gagal dibentuk, kerajaan akan berjalan sebagai kerajaan minoriti sehingga ada undi tidak percaya dan ia mesti diterjemahkan sebagai panggilan mandat baharu melalui pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, Amin berkata usaha menjadikan mekanisme pembentukan kerajaan lebih teratur memerlukan rundingan bagi memperbaharui peruntukan berkaitan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

Katanya, sebarang pembaharuan itu juga perlu mengambil kira bidang kuasa serta peranan Raja-Raja Melayu bagi memastikan mekanisme baharu yang diperkenalkan selaras dengan kerangka perlembagaan negara.

Related Posts

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah digugurkan daripada jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis berkuat kuasa 3 September lalu. Jawatan tertinggi Bersatu negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

KENYATAAN Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa menyertai parti itu dan berjuang atas landasan Islam boleh membawa seseorang ke syurga tidak seharusnya difahami sebagai jaminan terhadap kedudukan seseorang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah