138 pelajar, guru terima insentif pendidikan berjumlah RM37,500

MUKAH – Seramai 138 pelajar dan guru menerima insentif pendidikan berjumlah RM37,500 menerusi inisiatif Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian pada Selasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tellian, Royston Valentine berkata, sumbangan di bawah kelolaan Biro Pendidikan Mukah itu merangkumi Insentif Pelajar Cemerlang STPM 2025 dan Sumbangan Melanjutkan Pelajaran ke Peringkat IPT 2026. 

Bantuan secara sekali bayar tersebut disasarkan bagi meringankan beban kewangan pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pendidikan merupakan pelaburan paling bermakna dalam membina masa depan generasi muda,” katanya.

Perincian agihan tersebut memperuntukkan sebanyak RM4,600 kepada 33 pelajar cemerlang SMK Three Rivers berserta ganjaran bernilai RM800 untuk empat orang guru. 

Sementara itu, seramai 105 individu yang melanjutkan pelajaran ke pelbagai institusi pengajian tinggi dan kemahiran turut menerima sumbangan keseluruhan sebanyak RM32,100.

Pelaksanaan sumbangan pendidikan berkenaan diharap menjadi pembakar semangat kepada para penerima untuk terus gigih menimba ilmu demi mencapai cita-cita masing-masing.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun