Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

KUALA KLAWANG – Lebih banyak ruang diberikan kepada calon muka baharu oleh parti-parti politik sebagai sebahagian daripada usaha melakukan pembaharuan kepimpinan, tanpa mengetepikan peranan pemimpin berpengalaman yang terus menjadi sandaran di kerusi strategik.

Pendekatan itu dapat dilihat apabila Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menggabungkan calon muka baharu dengan penyandang, selain pemimpin kanan masing-masing bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di semua 36 kerusi mempertaruhkan 24 muka baharu manakala selebihnya termasuk Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang memilih tidak mempertahankan DUN Sikamat sebaliknya bertanding di DUN Linggi, adalah muka lama.

Antara nama besar dan muka lama lain yang bertanding mewakili PH ialah Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang akan mempertahankan kerusi DUN Chennah.

BN pula menampilkan 13 muka baharu daripada 25 calon yang dipertaruhkan, di samping mengekalkan beberapa pemimpin utama termasuk Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di DUN Rantau dan Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias di DUN Pertang.

Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di 11 kerusi turut mengetengahkan gabungan calon lama dan baharu menerusi parti komponennya termasuk Pas, Gerakan, Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz pula antara muka baharu yang dipertaruhkan parti itu, manakala Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Hanifah Abu Bakar terus diberi kepercayaan mempertahankan DUN Labu.

Selain tiga gabungan utama itu, Parti Berjasa, Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing meletakkan seorang calon, selain empat calon Bebas yang turut menceriakan persaingan PRN kali ini.

Calon PH bagi DUN Gemencheh, Datuk Abd Latiff A Tambi, 70, muncul sebagai calon tertua, manakala calon Bersatu bagi DUN Sri Tanjung, Leevineshwaraan Murugan, 23, menjadi calon termuda pada PRN Negeri Sembilan kali ini.

Secara keseluruhan, seramai 103 calon disahkan bertanding selepas tamat proses penamaan calon bagi merebut 36 kerusi DUN, dengan SPR menetapkan pengundian awal pada 28 Julai dan hari pengundian pada 1 Ogos.

Related Posts

Nor Azman dekat di hati pengundi Sikamat menerusi pendekatan dakwah, khidmat masyarakat

SEREMBAN – Pendekatan dakwah serta penglibatan aktif dalam komuniti setempat menjadi antara faktor pengundi DUN Sikamat menyokong calon Pakatan Harapan (PH), Nor Azman Mohamad, pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bakri sedia berdepan sepupu demi pertahan DUN Klawang

KUALA KLAWANG – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang, Datuk Bakri Sawir bersedia berdepan dengan calon lain termasuk sepupunya sendiri, Danni Rais. Beliau menyifatkan pertandingan menentang Danni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan